KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Mesiniaga Bhd, penyedia dan penyepadu penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi memperoleh kontrak pusat data teras awan bernilai RM59.63 juta daripada Telekom Malaysia Bhd (TM).
“Kontrak itu adalah bagi reka bentuk, pembekalan, penyediaan, pemasangan, pengujian, pengoperasian, penyepaduan, latihan, perkhidmatan profesional dan perkhidmatan penyenggaraan dan sokongan bagi pusat data teras awan syarikat telekomunikasi,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mesiniaga berkata kontrak itu bermula dari 1 April, 2022 hingga 16 Nov, 2024 tanpa klausa pembaharuan automatik.
Ia menjangkakan kontrak itu akan memberi sumbangan positif kepada perolehan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 dan seterusnya sehingga tamat tempoh kontrak.
— BERNAMA




