• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih, Hasil Hartalega Melonjak Pada Tahun Kewangan 2022

in Berita
A A
Keuntungan Bersih, Hasil Hartalega Melonjak Pada Tahun Kewangan 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd melonjak kepada RM3.23 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2022 daripada RM2.89 bilion pada tahun sebelumnya, dipacu terutamanya oleh hasil yang lebih tinggi, yang sebahagiannya dimbangi oleh bahan mentah yang lebih tinggi dan kos operasi lain.

Hasil pengeluar sarung tangan itu bagi tahun kewangan 2022 meningkat kepada RM7.89 bilion daripada RM6.70 bilion sebelumnya disumbang terutamanya oleh harga jualan purata (ASP) yang lebih tinggi pada separuh pertama tahun kewangan 2022, selepas mengimbangi kesan pengurangan 22 peratus dalam volum jualan.

Pendapatan sesaham bagi tahun kewangan penuh meningkat kepada 94.64 sen daripada 84.43 sen tahun lepas, nilai aset bersih sesaham berjumlah RM1.50 pada 31 Mac 2022.

Bagaimanapun, syarikat itu mengalami kerugian bersih RM197.90 juta pada suku keempat berbanding keuntungan bersih RM1.12 bilion setahun sebelumnya disebabkan peruntukan cukai makmur.

Hasil bagi suku itu turut jatuh kepada RM968.69 juta berbanding RM2.31 bilion setahun sebelumnya terutamanya disebabkan oleh ASP yang kembali normal  yang dikurangkan oleh peningkatan 9.0 peratus dalam volum jualan.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Kuan Mun Leong berkata disebabkan ASP dan permintaan yang kembali normal ia menjejaskan keuntungan suku keempat.

“Namun begitu, kami meramalkan prospek tetap cerah bagi tahun kewangan 2023, walaupun kita bakal memasuki fasa endemik.

“Bagi sektor sarung tangan, ASP semasa dilihat telah mencapai tahap terendah dan pembukaan sempadan antarabangsa dan pelonggaran sekatan perjalanan dijangka meredakan masalah kekurangan pekerja, seterusnya membawa manfaat kepada Hartalega,” katanya dalam satu kenyataan.

Kuan berkata kumpulan itu menumpukan usaha untuk mengoptimumkan kos, meningkatkan kecekapan secara berterusan dan melaksanakan inisiatif automasi di seluruh operasi untuk menjamin kemampanan dan daya tahan kumpulan dalam persekitaran yang mencabar ini.

Beliau menambah bahawa Hartalega terus menghadapi tekanan luaran, termasuk konflik Rusia-Ukraine yang masih berlarutan, dan perintah kawalan pergerakan di beberapa bandar raya utama di China ekoran penularan kes COVID.

“Tambahan lagi, pelaksanaan dasar gaji minimum baru-baru ini di Malaysia dijangka mengakibatkan kos operasi lebih tinggi dalam sektor pembuatan,” kata Kuan.

Dalam jangka panjang, beliau memaklumkan bahawa peningkatan permintaan global organik secara berstruktur merupakan satu perkembangan positif bagi kumpulan, memandangkan penggunaan sarung tangan yang meningkat di pasaran-pasaran sedang membangun yang rata-rata masih rendah tahap penggunaannya, di samping kesedaran yang kian meningkat terhdap penjagaan kebersihan dalam kalangan pengamal penjagaan kesihatan selepas pandemik.

“Untuk memenuhi pertumbuhan permintaan ini, kumpulan terus meningkatkan kapasiti menerusi Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC). Bagi tujuan ini, proses peluasan NGC 1.5 kini sedang berjalan lancar dan kami menetapkan sasaran untuk beransur-ansur membuka barisan pengeluaran pertama pada suku keempat 2022.

“Kepantasan pembukaan NGC 1.5 bergantung kepada situasi pasaran pada masa hadapan,” tambah Kuan.

— BERNAMA

Share285ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In