• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Inventori MSM Malaysia Naik 17.4 Peratus Pada April 2022 – MPOB

in Berita
A A
Inventori MSM Malaysia Naik 17.4 Peratus Pada April 2022 – MPOB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Stok minyak sawit mentah (MSM) Malaysia meningkat kepada 891,779 tan pada April 2022, menokok 17.4 peratus daripada 759,732 tan pada Mac berikutan pengeluaran yang lebih tinggi, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB berkata inventori minyak sawit diproses turut bertambah 5.2 peratus bulan ke bulan kepada 750,215 tan daripada 713,112 tan sebelum ini.

Secara keseluruhannya, stok minyak sawit meningkat 11.5 peratus kepada 1.64 juta tan daripada 1.47 juta tan pada Mac, kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Bagi pengeluaran, MPOB berkata output MSM naik 3.6 peratus bulan ke bulan kepada 1.46 juta tan berbanding 1.41 juta tan sebelum ini.

Pengeluaran isirung sawit menokok 2.23 peratus kepada 367,159 tan daripada 359,165 tan pada bulan sebelumnya, manakala pengeluaran minyak isirung sawit melonjak 4.59 peratus kepada 168,068 tan daripada 160,693 tan pada Mac.

Sementara itu, MPOB berkata, eksport minyak sawit merosot 17.7 peratus bulan ke bulan kepada 1.05 juta tan pada April berbanding 1.28 juta tan pada Mac.

Bagaimanapun, eksport minyak isirung sawit menokok 7.2 peratus bulan ke bulan kepada 74,203 tan berbanding 69,221 tan pada bulan sebelumnya.

Eksport oleokimia berkurangan 0.46 peratus bulan ke bulan kepada 242,863 tan pada April berbanding 243,978 tan sebelum ini, manakala eksport biodiesel melonjak 47.68 peratus bulan ke bulan kepada 23,411 tan daripada 15,853 tan, katanya.

— BERNAMA

Share245ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In