• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Tempatan Catat Aliran Keluar Bersih RM365.7 Juta Minggu Lepas

in Berita
A A
bursa malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Pelabur asing merupakan penjual bersih dengan aliran keluar bersih sebanyak RM365.7 juta bagi minggu berakhir 6 Mei selepas menjadi pembeli bersih untuk tempoh dua minggu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research).

Dalam Laporan Aliran Dana mingguannya, bank pelaburan itu berkata peruncit tempatan kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu keempat berturut-turut berjumlah sehingga RM202.8 juta, manakala institusi tempatan mengakhiri jualan bersih mereka selama 12 minggu dengan kedudukan belian bersih berjumlah RM162.19 juta pada minggu lepas. 

“Setakat ini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih untuk tempoh 14 minggu daripada 18 minggu pada 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM6.92 bilion. Mereka adalah penjual bersih untuk kedua-dua hari dagangan berjumlah sehingga RM143.1 juta pada Khamis dan RM222.6 juta,” katanya.

MIDF Research berkata hanya dua hari dagangan dijalankan minggu lepas iaitu pada Khamis dan Jumaat berikutan cuti perayaan Aidilfitri dan cuti gantian Hari Pekerja.

Katanya institusi tempatan adalah pembeli bersih bagi kedua-dua hari tersebut dengan merekodkan RM71.9 juta pada Khamis dan RM91.1 juta pada Jumaat.

Menurutnya, selain itu, mereka telah menjadi penjual bersih untuk tempoh 15 minggu daripada 18 minggu pada tahun ini, dan setakat ini, mereka telah menjual ekuiti berjumlah RM7.8 bilion.

“Peruncit tempatan turut menjadi pembeli bersih bagi kedua-dua hari dagangan, mencatatkan RM71.3 juta pada Khamis dan RM131.5 juta pada Jumaat,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata, setakat ini, peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih sebanyak RM875.5 juta.

Dari segi penyertaan, pelabur asing menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 63.18 peratus.

Peruncit tempatan mencatatkan kenaikan 4.29 peratus, manakala institusi tempatan menyaksikan penurunan berjumlah 9.14 peratus.

MIDF Research berkata Hengyuan Refining Company Bhd meraih aliran masuk wang bersih tertinggi sebanyak RM4.29 juta pada minggu lepas, manakala Malayan Banking Bhd mencatatkan aliran keluar wang bersih terbesar berjumlah RM7.11 juta.

— BERNAMA

Share243ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In