• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Tekanan Harga Dijangka Dorong Harga Pengguna Lebih Tinggi

in Berita
A A
Tekanan Harga Dijangka Dorong Harga Pengguna Lebih Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Dengan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia kekal melepasi indeks harga pengguna (IHP) untuk bulan ke-15 berturut-turut, tekanan harga secara menaik yang menjejaskan pengeluar dijangka mendorong harga pengguna lebih tinggi, kata MIDF Research (MIDF).

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata IHPR Malaysia untuk pengeluaran tempatan yang mengukur kos barangan di pintu masuk kilang, mencatat peningkatan dua digit buat kali pertama tahun ini pada 11.6 peratus untuk bulan Mac 2022.

Pecutan inflasi IHPR ke paras tertinggi empat bulan iaitu +11.6 peratus tahun ke tahun pada Mac 2022 mengatasi jangkaan.

“Bagaimanapun, kenaikan harga barangan utama yang lebih ketara terutamanya pertanian, perhutanan dan perikanan yang meningkat 24.9 peratus tahun ke tahun dan barangan perlombongan (+28.2 peratus tahun ke tahun) secara amnya selaras dengan jangkaan kami memandangkan harga komoditi yang tinggi,” kata MIDF dalam notanya hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata IHPR pembuatan juga meningkat lebih cepat pada +8.9 peratus tahun ke tahun kerana kilang menghadapi cabaran daripada peningkatan kos input dan kekangan bekalan lain.

Sementara itu, kenaikan lebih mendadak dalam IHPR pertanian menunjukkan aliran meningkat berterusan dalam harga makanan kerana pengeluar akan menyalurkan lebih banyak kenaikan kos kepada pelanggan mereka.

“Dalam beberapa bulan akan datang, kami menjangkakan inflasi IHPR yang tinggi akan berterusan kerana pengeluar terpaksa menanggung peningkatan kos input di tengah-tengah cabaran bekalan dan harga komoditi yang tinggi,” tambahnya.

— BERNAMA

Share239ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In