• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Suku Pertama 2022 Nestle Meningkat Kepada RM205.18 Juta

in Berita
A A
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2022 Nestle Meningkat Kepada RM205.18 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Nestle (Malaysia) Bhd yang telah bertapak selama 110 tahun di Malaysia, meraih keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM205.18 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 (suku pertama 2022) berbanding RM175.16 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Prestasi itu dicapai biarpun dalam persekitaran impak kenaikan harga komoditi serta pelaksanaan Cukai Makmur.

Perolehan hasilnya turut meningkat kepada RM1.69 bilion daripada RM1.45 bilion sebelum ini, kata kumpulan makanan dan minuman itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia.

Keputusan kewangan lebih baik itu telah dipacu oleh jualan domestik dan eksport lebih tinggi iaitu masing-masing meningkat 14.9 peratus dan 25.3 peratus.

Prestasi lebih kukuh itu dicatatkan oleh perniagaan terasnya iaitu makanan dan minuman (F&B) dan perniagaan saluran luar rumah (OOH) di bawah Nestlé Professional yang mendapat manfaat daripada peningkatan mobiliti serta pembukaan semula hotel, restoran dan kafe pasca sekatan pergerakan.

Bagi tempoh suku pertama 2022, kumpulan itu telah memperkenalkan beberapa produk baharu termasuk rangkaian mi segera Maggi yang rendah lemak dan garam dan turut didatangkan dengan logo pilihan sihat Kementerian Kesihatan serta campuran Nescafe Tarik dan pes perapan ayam Maggi.

Segmen aiskrim pula menyaksikan pelancaran baharu seperti aiskrim Nestlé Musang King, aiskrim Nestlé Mochi Boba dan manisan brownies coklat La Cremeria yang menggunakan garam laut.

Bagi prospek tahun semasa, kumpulan berkenaan yakin dapat mengekalkan momentum pertumbuhan yang berterusan sepanjang tahun tersebut biarpun tiada penurunan daripada peningkatan semasa dalam suku-suku akan datang.

Kumpulan itu bagaimanapun tidak mengumumkan sebarang unjuran keuntungan.

“Persekitaran global kekal amat mencabar dengan inflasi yang berleluasa di serata dunia, termasuk di Asia dan diburukkan lagi oleh perang di Ukraine yang menjejaskan harga dan ketersediaan komoditi makanan utama seperti gandum, barli dan minyak bunga matahari .

“Secara keseluruhannya, 2022 menjadi tahun pertumbuhan kukuh dari segi prestasi angka kasar dengan beberapa tekanan bagi keuntungan ketika kami berusaha gigih untuk menseimbangkan ketegangan dalam rantaian kos nilai dengan kecekapan dalaman serta kenaikan harga yang sederhana,” katanya.

Menurutnya, di sebalik kekangan yang tidak dijangka, kumpulan itu menyasarkan untuk terus memanfaatkan kesemua peluang bagi memacu satu lagi tahun keputusan kewangan yang kukuh serta berdaya tahan.

Pada masa sama, ia juga berhasrat untuk mencatat perkembangan bermakna dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi menyumbang kepada kemajuan Malaysia yang mampan.

— BERNAMA

TAG: Nestle Malaysia, F&B, suku pertama 2022, prestasi kewangan
RKMS TLC MB INA

Tuesday , 26 April 2022

Share252ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In