• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kerajaan Rancang 15 Inisiatif Tahun Ini Untuk Kembangkan Industri OGSE

in Berita
A A
Sekatan Ke Atas Rusia Beri Implikasi Buruk Kepada Pasaran Minyak
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) merancang untuk memulakan 15  inisiatif tahun ini di bawah Pelan Hala Tuju Industri Perkhidmatan serta Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Kebangsaan 2021-2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata 15 inisiatif itu  bertujuan mengukuhkan dan mengembangkan industri OGSE akan terus menangani isu sistemik yang dihadapi sektor itu, khususnya dalam bidang teknologi, bakat dan pembiayaan.

“EPU dan MPRC akan terus bekerjasama rapat dengan kementerian, agensi, Petronas, pemain industri dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk merealisasikan visi dan matlamat yang ditetapkan dalam pelan hala tuju OGSE,” katanya pada mesyuarat jawatankuasa pemandu kedua bagi pelan hala tuju itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menteri itu juga disebut sebagai berkata bagi melengkapkan usaha di bawah pelan hala tuju itu, kerajaan melalui MPRC juga akan memperkenalkan pelan kemampanan untuk sektor OGSE akhir tahun ini.

“Ia akan bertindak sebagai garis panduan kepada peserta industri, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menerapkan pelaporan kemampanan dan mengguna pakai amalan perniagaan mampan sementara kerajaan turut melihat peluang untuk memperkenalkan teknologi atau penyelesaian karbon rendah kepada sektor terbabit,” kata Mustapa.

Beliau seterusnya menambah sejumlah RM7 juta telah diluluskan di bawah Geran Pembangunan OGSE, satu lagi usaha bersama EPU dan MPRC untuk menyokong pertumbuhan berterusan sektor itu, kepada 31 syarikat OGSE sejak ia dilancarkan pada April 2021.

Mustapa berkata adalah penting bagi kedua-dua pelan hala tuju serta usaha pelengkap oleh kerajaan dan MPRC terus mendapat daya tarikan dalam kalangan peserta industri.

“Justeru, MPRC akan mengadakan jerayawara (roadshows) di seluruh Malaysia, bermula dengan Terengganu, Sabah, dan Sarawak dalam beberapa bulan akan datang untuk mendekati peserta industri dan pihak berkepentingan di negeri-negeri ini,” tambahnya.

Dalam kenyataan yang sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPRC Mohd Yazid Ja’afar berkata usaha-usaha ini sedang dilakukan untuk menyokong dan membangunkan lagi sektor yang telah lama menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Menurutnya, industri OGSE sedang mengalami cabaran besar walaupun harga minyak telah pulih dan ekonomi sedang bergerak daripada mod pandemik kepada fasa endemik.

“MPRC, sebagai agensi pelaksana dan sekretariat pelan hala tuju akan meningkatkan usaha kami ke arah penglibatan dengan pihak berkepentingan dan peserta industri, untuk memastikan cabaran yang dihadapi diiktiraf dan ditangani,” ujarnya.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In