• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bank Rakyat Umum Dividen 15 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2021

in Berita
A A
Bank Rakyat Umum Dividen 15 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Kumpulan Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 berbanding 13 peratus pada tahun kewangan 2020.

Ia membabitkan pembayaran berjumlah RM429.50 juta kepada 827,066 individu dan anggota koperasi, dan dividen itu akan dikreditkan mulai 25 April, 2022.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata walaupun berdepan persekitaran yang mencabar ekoran pandemik COVID-19, Bank Rakyat masih berupaya mengekalkan prestasi kadar dividen dua digit.

“Pencapaian ini adalah hasil daripada komitmen Bank Rakyat untuk merealisasikan mandat yang dipertanggungjwabkan bagi memperkasa kesejahteraan ekonomi anggota dan pelanggannya,” katanya pada sidang media pengumuman dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 di sini, pada Isnin.

Beliau berkata Bank Rakyat sentiasa prihatin terhadap keperluan penerima dividennya, yang mana 30 peratus daripada penerima individu adalah daripada golongan B40 dan 20 peratus daripada penerima kalangan anggota koperasi juga merupakan golongan B40.

Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.63 bilion manakala keuntungan bersih berjumlah RM1.86 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021.

Prestasi memberangsangkan itu dicapai melalui kekukuhan asas dan fokus terhadap aktiviti teras walaupun wujudnya ketidaktentuan ekonomi akibat COVID-19.

Keuntungan bersih disumbangkan oleh liabiliti cukai tertunda yang lebih rendah pada tahun semasa.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata Bank Rakyat masih berada pada landasan dengan prestasi kewangan 2021 yang memberangsangkan didorong oleh aktiviti pembiayaan dan pelaburan kumpulan serta kos pendanaan yang lebih kecil susulan kadar dasar semalaman (OPR) yang rendah.

Beliau berkata di samping itu, peruntukan penjejasan juga lebih rendah pada tahun semasa, sejajar dengan aliran industri yang turut meningkatkan prestasi kumpulan.

“Pencapaian ini turut didorong oleh pendapatan operasi bersih kumpulan yang meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM3.52 bilion daripada RM3.41 bilion sebelum ini (tahun kewangan 2020).

“Ini dibantu oleh kos dana yang lebih rendah, hasil daripada pengurusan aset liabiliti yang berkesan selain Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i (CASA) yang lebih tinggi kepada RM9.23 bilion daripada RM8.28 bilion sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata kumpulan juga dapat mengekalkan nisbah kos kepada pendapatan yang sihat di bawah 40 peratus iaitu lebih rendah daripada purata industri, hasil daripada aktiviti pengurusan kos yang efektif. 

Abd Rani berkata dalam melangkah ke hadapan, Bank Rakyat akan terus menumpukan bidang pertumbuhan baharu, terutama untuk memanfaatkan potensi yang boleh diterokai dalam perniagaan dan operasi menerusi transformasi digital bagi mewujudkan nilai jangka panjang kepada pemegang saham. 

Beliau berkata pelan strategik Bank Rakyat 2025 (BR25) kini berada dalam fasa pelaksanaan dengan kesemua 46 program yang direncanakan telah direalisasikan pada 2021 mengikut perancangan bank.

“Pencapaian ini termasuk penubuhan 10 Pusat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Koperasi (SMEC) yang kini beroperasi di seluruh negara.

“Selain itu, Bank Rakyat telah melancarkan aplikasi perbankan mudah alih iRakyat dan ia merupakan antara pencapaian utama bagi pelan tindakan digitalisasi menerusi BR25,” katanya.

Setakat 31 Dis, 2021 permodalan pasaran Bank Rakyat berjumlah RM21 bilion, manakala jumlah aset kumpulan adalah RM115.06 bilion.

— BERNAMA

Share314ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In