• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Unit SCANWOLF Tandatangani Perjanjian Pengedaran Eksklusif Dengan Signature Cabinet

in Berita
A A
Unit SCANWOLF Tandatangani Perjanjian Pengedaran Eksklusif Dengan Signature Cabinet
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Scanwolf Corporation Bhd, Scanwolf Marketing Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pengedaran eksklusif dengan Signature Cabinet Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Signature International Bhd.

Ia untuk mengukuhkan perkongsian strategik antara Scanwolf dan Signature International dalam segmen perniagaan-ke-orang ramai (B2P) dengan tumpuan kepada jualan projek.

Perjanjian itu ditandatangani susulan daripada pelancaran bilik pameran utama Scanwolf Flooring di Petaling Jaya, Selangor dengan matlamat untuk mencipta nilai untuk pelanggannya menerusi penawaran bahan lantai dan kabinet dapur yang popular.

Selain itu, Scanwolf Marketing turut memeterai perjanjian pengedaran dengan Signature Distribution Sdn Bhd, satu lagi unit milik penuh Signature International dan Beyond Bath Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam jualan silang jenama dan menggunakan platform perniagaan serta rangkaian jualan sedia ada untuk mencipta nilai untuk pelanggannya.

Ia akan membolehkan produk Scanwolf diperkenalkan dan dikongsi secara formal melalui platform Sorento Master Club yang disediakan secara eksklusif untuk pereka dalaman dan menembusi segmen perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C) dengan berkesan.

Pengurus Besar Scanwolf Marketing, Tan Yann Kang berkata perjanjian itu ditandatangani untuk memupuk pakatan strategik jangka panjang dan pertumbuhan dengan rakan kongsi.

“Objektif utama adalah untuk mewujudkan ekosistem sihat untuk industri bahan binaan dan perabot yang memberi manfaat kepada rakan kongsi perniagaan dan pelanggan kami untuk jangka panjang,” katanya pada majlis pelancaran dan pemeteraian kerjasama tersebut di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Scanwolf, Datuk Seri Dr Sherwin Chew berkata syarikat itu kini sedang berbincang dengan pelbagai pihak dan sedang giat melakukan langkah seterusnya untuk kedai utamanya.

“Kami menyasarkan untuk menubuhkan lima bilik pameran pada tahun 2022 dan 12 galeri jualan dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Syarikat itu telah berjaya menyelesaikan pelaksanaan penempatan persendirian kira-kira 17 juta saham baharu dan mengumpul sekitar RM9.5 juta, katanya.

Beliau berkata hasil daripada penempatan persendirian itu akan membiayai pengembangan akan datang, melabur dalam barisan pengeluaran lantai batu, plastik dan komposit (SPC) baharu untuk melengkapkan rangkaian produk lantai vinyl sedia ada, menaik taraf pengeluaran semasa dan pembelian bahan mentah, termasuk pengambilan pekerja baharu untuk menyertai syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Projek Perniagaan Signature Group, KS Lau berkata perjanjian itu selaras dengan rancangannya untuk pertumbuhan strategik dalam segmen projek tersebut.

“Menerusi penjenamaan premium Signature dan rekod prestasi yang baik selama lebih 26 tahun dalam segmen projek korporat, kemasukan tawaran produk inovatif Scanwolf akan menjadi nilai tambah kepada tawaran kami kepada pemaju untuk pembangunan hartanah akan datang,” katanya.

Scanwolf adalah syarikat pemegangan pelaburan berpangkalan di Malaysia yang terlibat dalam mereka bentuk dan mengeluarkan produk penyemperitan plastik dan pembangunan hartanah.

 — BERNAMA

Share260ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In