• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

KPMG, Convene Malaysia Jalin Kerjasama Tingkatkan Pengalaman AGM Untuk PLC, Pemegang Saham

in Berita
A A
KPMG, Convene Malaysia Jalin Kerjasama Tingkatkan Pengalaman AGM Untuk PLC, Pemegang Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — KPMG Malaysia yang menjangkakan trend pendigitalan dalam mesyuarat agung, telah menjalinkan kerjasama dengan Convene Malaysia, anak syarikat Azeus Group, untuk meningkatkan pengalaman mesyuarat agung tahunan (AGM) bagi syarikat tersenarai awam (PLC) dan pemegang saham mereka.

Kerjasama itu melengkapkan firma perkhidmatan profesional berkenaan dengan hak eksklusif untuk memperkenalkan teknologi ConveneAGM, platform semua-dalam-satu yang menawarkan pengalaman AGM  secara maya dan virtual di Malaysia yang lancar, selamat serta disokong sepenuhnya.

Ketua Lembaga Khidmat Nasihat KPMG di Malaysia Kasturi Nathan berkata dengan menggabungkan Khidmat Nasihat KPMG dengan teknologi ConveneAGM yang ditubuhkan Azeus, KPMG berhasrat untuk merevolusikan masa depan mesyuarat agung di Malaysia.

“PLC kini akan mempunyai akses kepada rangkaian lengkap penyelesaian teknologi moden yang menjawab segala saranan yang kian meningkat untuk keseimbangan antara memaksimumkan penyertaan pemegang saham selain menjaga prinsip demokrasi pemegang saham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Mengulas mengenai teknologi ConveneAGM, Ketua Pegawai Eksekutif Azeus Group Michael Yap berkata ConveneAGM ialah platform terbuka yang boleh menyesuaikan keadaan dan menampung keperluan mesyuarat maya, fizikal dan hibrid.

“Ia boleh mengubah cara mesyuarat agung tradisional dijalankan sambil memastikan pematuhan dan memelihara hak pihak berkepentingan. Platform ini direka dengan teliti, mengambil kira dua perkara utama — amalan terbaik untuk mengendalikan AGM dan pengalaman para pemegang saham dari hujung ke hujung,” katanya.

KPMG berkata kebergantungan yang tinggi pada alatan dan penyelesaian teknologi akan terus mencirikan pendekatan yang digunakan PLC untuk melibatkan diri dengan pemegang saham mereka — fakta ini kekal walaupun Malaysia kini beralih ke fasa endemik, yang berkuat kuasa awal bulan ini.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In