• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Saham CENGILD Paling Aktif Didagangkan, Melonjak Kepada 43.5 Sen Pada Sesi Tengah Hari

in Berita
A A
Saham CENGILD Paling Aktif Didagangkan, Melonjak Kepada 43.5 Sen Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan Cengild Medical Bhd memulakan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dan melonjak kepada 43.5 sen pada tengah hari, premium 10.5 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 33 sen.

Kaunter itu bergerak rancak, meningkat 16.5 sen kepada 49.5 sen pada sesi pembukaan, menyaksikan 119.76 juta saham bertukar tangan di sepanjang sesi pagi dan kekal sebagai saham paling aktif didagangkan.

Cengild berkata ia memperoleh RM72.2 juta daripada IPOnya dengan 218.8 juta saham baharu.

Daripada hasil yang diperoleh, RM13 juta akan digunakan untuk pembesaran pusat perubatan sedia ada di Nexus @ Bangsar South, dengan memajak ruang tambahan seluas 12,000 hingga 15,000 kaki persegi untuk menampung permintaan semasa dan masa depan bagi perkhidmatan perubatannya, katanya.

“Sejumlah RM37.1 juta akan dimanfaatkan untuk pengembangan geografi dengan menubuhkan dua pusat perubatan lengkap baharu yang khusus  dalam penyakit gastrousus dan hati, dan obesiti di bandar utama lain di Malaysia seperti Johor Bahru, Pulau Pinang atau Ipoh.

“Sementara RM17.40 juta pula adalah untuk tujuan modal kerja dan RM4.7 juta untuk pembayaran perbelanjaan penyenaraian,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Melangkah ke hadapan, ia menjangkakan pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di Malaysia akan berkembang dengan stabil pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak 9.6 peratus dari 2022 hingga 2026, disokong oleh pertumbuhan populasi keseluruhan, populasi yang semakin tua dan peningkatan insiden penyakit tidak berjangkit.

Pengerusi Eksekutif Datuk Dr Tan Huck Joo berkata Cengild telah mengharungi perjalanan yang luar biasa sejak Oktober 2017 dan IPO ini telah menyediakannya platform untuk merealisasikan cita-citanya dan mempercepatkan rancangan pengembangan.

“Sebagai satu-satunya pusat perubatan bebas yang lengkap di Malaysia yang berpengkhususan  dalam penyakit gastrousus dan hati, serta obesiti, matlamat kami bukan sahaja untuk memberikan rawatan terbaik untuk pesakit tetapi juga untuk membina pusat kecemerlangan yang bereputasi di rantau ini ,” katanya.

— BERNAMA

Share385ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In