• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kenapa Eksekutif Tertinggi Serba Dinamik Tidak Didakwa? – MSWG

in Berita
A A
Kenapa Eksekutif Tertinggi Serba Dinamik Tidak Didakwa? – MSWG
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Demi kepentingan ketelusan, sebab harus diberikan mengapa keputusan dibuat untuk mengenakan kompaun kepada empat eksekutif tertinggi Serba Dinamik Holdings Bhd dan bukannya terus mendakwa bayaran mereka, menurut sebuah komentar.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru di Serba Dinamik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG), Devanesan Evanson berkata keputusan untuk mengeluarkan kompaun terhadap empat eksekutif itu telah menimbulkan pelbagai persoalan dan pendapat.

“Sebagai prinsip umum, jenayah tidak sepatutnya diselesaikan dengan bayaran. Pengawal selia selalunya mengenakan denda tiga kali ganda jumlah keuntungan haram (atau kerugian yang dielakkan) untuk memberi mesej ahawa mereka tidak akan membenarkan sesiapa mendapat keuntungan daripada aktiviti jenayah mereka.

“Begitu juga bagi langkah pencegahan tambahan, hukuman penjara juga dikenakan untuk membawa menyampaikan mesej ini. Mesej yang ingin dihantar ialah tidak sepatutnya ada sebarang timbang tara antara aktiviti haram dan kos sekatan,” katanya.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam satu kenyataan pada 13 April lepas berkata Serba Dinamik dan empat eksekutif tertinggi telah dikenakan kompaun sebanyak RM3 juta setiap seorang kerana mengemukakan penyata palsu yang melibatkan hasil RM6.01 bilion untuk tempoh kewangannya yang berakhir 31 Disember, 2020.

Empat individu itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Pengarah Eksekutif, Datuk Syed Nazim Syed Faisal yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dari Jun 2016 hingga pertengahan tahun 2020, CFO kumpulan ketika ini iaitu Azhan Azmi, dan Naib Presiden Akaun dan Kewangan, Muhammad Hafiz Othman.

Devanesan berkata dalam kes Serba Dinamik, SC telah menyatakan bahawa keputusan kompaun adalah hasil keputusan Pendakwa Raya untuk menerima representasi yang dibuat kepada Jabatan Peguam Negara oleh Serba Dinamik dan individu terbabit berhubung pertuduhan yang belum selesai di mahkamah.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 145 (3) menyatakan bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa, boleh dilaksanakan mengikut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.

Sehubungan itu, Peguam Negara mempunyai budi bicara tunggal dan tidak terikat untuk mendakwa atau menghentikan pertuduhan terhadap individu atau syarikat yang dituduh. Demi kepentingan ketelusan, sebab harus diberikan mengapa keputusan dibuat untuk mengenakan kompaun dan tidak meneruskan pertuduhan.

Devanesan menegaskan bahawa kompaun adalah muktamad kerana ia membebaskan mereka yang dituduh daripada sebarang tindakan lanjut berhubung pertuduhan tersebut. SC mengambil arahan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum mendakwa sesiapa dan setakat ini, SC mungkin diwajibkan untuk tidak meneruskan pendakwaan.

“Di sini juga perlu dijelaskan mengapa keputusan awal untuk meneruskan pertuduhan jenayah kemudiannya digantikan dengan kompaun. Sebab untuk ini juga harus dibuat secara telus.

“Demi kepentingan ketelusan, Jabatan Peguam Negara boleh menggunakan budi bicara dan menjelaskan sebab-sebabnya. Pertuduhan jenayah yang dihadapi empat eksekutif itu adalah di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) dibaca bersama Seksyen 368(1)(b)(i) akta yang sama.”

Ia membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM3 juta jika sabit kesalahan.

SC mengenakan kompaun maksimum yang dibenarkan. SC telah menyatakan bahawa RM3 juta itu adalah jumlah maksimum kompaun yang dibenarkan di bawah Seksyen 369(a)(B) CMSA.

“Dalam menawarkan kompaun, seseorang mesti berhati-hati untuk tidak mencipta duluan yang berbahaya. Apa yang diperhatikan bahawa beberapa pertuduhan yang lebih rendah pada masa lalu tidak dikenakan kompaun tetapi diteruskan ke perbicaraan dengan hukuman penjara.

“Kita mesti mengambil kira mesej yang kita hantar kepada pasaran modal dan bakal pesalah. Jenayah tidak boleh diselesaikan dengan bayaran. Sekatan mesti berperanan sebagai penghalang yang mencukupi kepada bakal pesalah. Bagi setiap salah laku, mesti ada sekatan,” katanya.

Devanesan berkata Jabatan Peguam Negara perlu membezakan dengan secukupnya kes Serba Dinamik daripada kes-kes lain pada depan dan menerangkan sebabnya dengan jelas dan itu sebabnya wujud keperluan untuk mengetahui sebab keputusan tersebut.

Beliau berkata bahawa Jabatan Peguam Negara kini mungkin dikekang daripada menerima representasi untuk kompaun dalam kes-kes akan datang di mana pertuduhan adalah lebih ringan kerana keutamaan yang ditetapkan.

“Hakim melakukannya sepanjang masa apabila mereka membuat keputusan — mereka mempunyai nisbah “decidendi” yang bermaksud ‘sebab’ atau ‘rasional’ dalam bahasa Latin untuk keputusan itu.

“Secara ringka, ia adalah sebab keputusan itu. Begitu juga bagi setiap penggunaan budi bicara harus disokong oleh sebab untuk membuat keputusan. Apa yang diperlukan mungkin adalah beberapa pembaharuan struktur. Kebijaksanaan mutlak semakin ketinggalan zaman. Ia digantikan dengan budi bicara yang bertanggungjawab.

“Semua budi bicara harus disesuaikan dengan akauntabiliti — nisbah decidendi. Setiap penggunaan budi bicara hendaklah disokong oleh rasional untuk melaksanakan budi bicara tertentu.

Dalam kes Serba Dinamik, ramai pelabur telah mengalami kerugian — mereka tidak akan mendapat menebus kerugian mereka, sekurang-kurangnya pada masa hadapan yang boleh dijangka. Ia sememangnya satu peristiwa yang menyedihkan bagi kebanyakan pemegang saham minoriti.

Devanesan berkata pelaksanaan budi bicara sama ada untuk mengenakan kompaun atau tidak untuk kesalahan berkaitan pasaran modal mempunyai implikasi yang meluas kepada pasaran modal, ia mungkin menghalang pembangunan pasaran modal yang adil dan teratur.

“Kita tidak keseorangan. Pasaran modal kita mestilah cukup menarik untuk pelaburan asing juga. Mesti ada kepastian tentang cara kita menangani sesuatu.”

— BERNAMA

Share528ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In