• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Capital A Gesa Kerajaan Asia Longgarkan Lagi Sekatan Perjalanan

in Berita
A A
Permintaan Kukuh Bantu AirAsia Tangani Impak Akibat Krisis Rusia-Ukraine
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Capital A Bhd, syarikat pegangan AirAsia Aviation Group, menggesa kerajaan di seluruh Asia untuk melonggarkan lagi sekatan perjalanan bagi memulihkan semula ekonomi global.   

Presiden (komersial) Capital A Colin Currie berkata pemulihan semula sektor pelancongan adalah penting untuk menyokong kehidupan penduduk di ASEAN kerana ia menyumbang 13 peratus daripada keluaran dalam negara kasar agregat perkumpulan serantau itu dan enam peratus daripada jumlah pekerjaan. 

“Kami berterima kasih kepada kerajaan di ASEAN yang akhirnya membuka semula sempadan mereka. Ini adalah langkah pertama yang baik untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi.  

“Dengan peratusan tinggi penduduk di ASEAN sudah lengkap divaksin, kami percaya sudah sampai masanya untuk mengkaji semula halangan membebankan yang masih menyekat perjalanan udara termasuk pelbagai keperluan ujian sebelum berlepas dan juga semasa ketibaan,  kertas kerja tambahan dan insurans perjalanan COVID-19 yang mahal,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Bo Lingam berkata keperluan ujian  COVID-19, termasuk bilangan dan jenis ujian yang terlibat, perlu sentiasa disemak semula bagi memastikan ia kekal relevan tanpa membebankan pengembara atau menjejaskan kesihatan awam. 

“Pemulihan global bagi perjalanan udara sedang bermula sekarang. Kami gembira banyak negara telahpun memudahkan urusan perjalanan dan lebih mesra pelancong.

“Negara-negara yang berusaha keras untuk mengekang pandemik itu dan bukan sebaliknya menanganinya, seperti yang kita lakukan bagi penyakit lain, berdepan risiko terlepas manfaat ekonomi yang besar,” katanya. 

Bo berkata AirAsia terus memainkan peranannya dalam usaha pemulihan semula dengan mencari cara bagi menjadikan perjalanan udara lebih mampu milik dan tanpa sebarang masalah bagi tetamunya, termasuk prosedur tanpa sentuh sepenuhnya di lapangan terbang dan semasa penerbangan.  

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan masing-masing, pengawal selia dan rakan kongsi industri di Asia dan Asia Pasifik dan berterima kasih atas sokongan mereka ketika kita saling bekerjasama untuk mengurangkan halangan perjalanan udara bagi merangsang permintaan dan membantu memulihkan ekonomi secara keseluruhan,” katanya. 

— BERNAMA

TAG: Capital A, AirAsia, perjalanan udara, sekatan, COVID-19, ASEAN
AAH AAH MHFD ZK

Monday , 18 April 2022

Share237ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In