• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Siemens Energy Buka Pusat Operasi Keselamatan Siber Asia Pasifik Pertamanya Di Cyberjaya

in Berita
A A
Siemens Energy Buka Pusat Operasi Keselamatan Siber Asia Pasifik Pertamanya Di Cyberjaya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

CYBERJAYA, 13 April (Bernama) — Siemens Energy akan membangunkan Pusat Operasi Keselamatan SIber, Pengoperasian Teknologi, Pengurusan Respons Pengesanan (MDR OT cSOC) yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik di Cyberjaya, Malaysia.

MDR OT cSOC akan mengalirkan pelaburan yang diunjurkan lebih daripada RM10 juta dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang dan akan memulakan operasi menjelang hujung tahun ini.

Pusat itu, yang dilengkapi dengan pusat respons serta pengesanan ancaman OT dalaman akan memantau, mengesan dan mencegah serangan siber secara proaktif pada masa nyata dan akan dijana oleh platform teknologi MDR berasaskan kepada kepintaran buatan (AI).

Menurut Naib Presiden Kanan Asia Pasifik Siemens Energy, Samuel Morillon berkata pusat itu akan meletakkan Malaysia sebagai hab keselamatan siber untuk Asia Pasifik dengan kemampuan memberikan perkhidmatan kepada mana-mana pelanggan di seluruh dunia.

“Pembangunan pemantauan dan pengesanan OT yang terbina untuk tujuan adalah penting bagi daya tahan rantaian nilai tenaga.

“Dalam ke arah mengubah landskap tenaga dengan berkesan, adalah penting agar pertahanan siber infrastruktur operasi kritikal diperkukuhkan di sepanjang rantaian nilai tenaga untuk menjadi lebih selamat dan berdaya tahan,” katanya pada majlis pecah tanah di sini hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Promosi Pelaburan dan Fasilitasi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sivasuriyamoorthy Sundara Raja.

Keupayaan MDR OT cSOC merangkumi pengurusan tindak balas insiden keselamatan, pengurusan perisikan ancaman, pemburuan serta pengurusan kerentanan berasaskan risiko.

Sivasuriyamoorthy, dalam ucapannya berkata pembukaan MDR OT cSOC akan melengkapkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang telah diperkenalkan pada 2021.

“Saya agak teruja kerana Siemens Energy telah memilih Malaysia sebagai destinasi OT cSOC Asia Pasifik yang pertama, yang akan meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan untuk pihak berkepentingan kami, yang kemudiannya, akan membantu perniagaan dalam mengutamakan pelaksanaan projek pendigitalan di Malaysia,” katanya.

Pelaburan dalam pusat keselamatan siber ‘Siemens’ bukan sahaja akan membawa masuk pengetahuan teknikal keselamatan siber ke Malaysia tetapi ia juga akan menjadi platform yang sangat baik yang akan memantapkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju hab keselamatan di Asia.

— BERNAMA

Share298ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In