• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Penganalisis Kekal Positif Terhadap Sektor Perladangan

in Berita
A A
Penganalisis Kekal Positif Terhadap Sektor Perladangan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Public Investment Bank Bhd (PIVB) mengekalkan penarafan ‘overweight’ ke atas sektor perladangan dengan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi tahun penuh sebanyak RM4,300 satu tan.

Penganalisis PIVB Chong Hoe Leong penarafan itu dibuat selepas stok simpanan minyak sawit Malaysia bagi Mac 2022 susut melebihi jangkaan dan mencecah paras terendah dalam setahun iaitu 1.47 juta tan selain kenaikan eksport bulanan terbesar sejak September tahun lepas.

“Eksport minyak sawit melonjak 14 peratus bulan ke bulan kepada 1.26 juta tan, didorong oleh kesemua negara pengguna utama seperti China, Kesatuan Eropah, India, Pakistan dan Amerika Syarikat,” katanya dalam satu nota tinjauannya, hari ini.

Chong berkata jurang harga minyak kacang soya-minyak sawit juga akan menjadikan minyak sawit dilihat lebih menarik untuk negara pembeli yang sensitif harga seperti India dan Pakistan menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau berkata, premium harga minyak kacang soya berbanding minyak sawit yang meningkat ke paras semasa pada US$203 satu tan daripada US$96 satu tan sebelum ini juga adalah kenaikan tertinggi dalam tempoh lapan bulan.

Menurutnya, ini berikutan kekurangan pengeluaran kacang soya di Amerika Selatan yang mendorong kenaikan mendadak harga kacang soya sejak beberapa bulan lepas.

Sementara itu dalam nota berasingan, Penganalisis CGS-CIMB Securities Sdn Bhd Ivy Ng Lee Fang mengunjurkan stok simpanan minyak sawit meningkat 2.6 peratus bulan ke bulan kepada 1.51 juta tan menjelang akhir April bagi unjuran tahun 2022 (2022F).

Beliau turut menjangkakan bahawa output minyak sawit susut 3.0 peratus bulan ke bulan menjelang akhir April 2022F akibat kekurangan pekerja manakala eksport merosot 10 peratus bulan ke bulan susulan persaingan dengan eksport minyak sawit Indonesia.

“Kami percaya harga MSM akan diniagakan sekitar RM6,000-7,000 satu tan dalam April 2022F berikutan penurunan bekalan eksport tanaman minyak bunga matahari dari Rusia dan Ukraine serta peningkatan permintaan menjelang perayaan Aidilfitri pada 2-3 Mei, 2022.

“Namun, sebahagian daripadanya telah dapat ditampung oleh bekalan eksport lebih tinggi dari Indonesia selepas ia memutuskan untuk menamatkan obligasi pasaran domestik pada 20 Mac, 2022 dan digantikan dengan levi eksport lebih tinggi,” katanya.

Ng berkata penanam Malaysia juga berkemungkinan menyaksikan pendapatan lebih kukuh pada suku pertama 2022F apabila harga purata MSM meningkat 55 peratus tahun ke tahun dan 19 peratus bagi suku ke suku kepada RM6,039.5 satu tan manakala output MSM meningkat 4.0 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2022F.

Berikutan itu, pihaknya mengekalkan unjuran purata harga MSM pada RM4,100 satu tan dengan penarafan sektor pada ‘neutral.’

— BERNAMA

Share252ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In