• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jumlah Dagangan Malaysia Bagi Februari 2022 Naik 17.5 Peratus Kepada RM184.8 Bilion

in Berita
A A
CGS-CIMB: Pertumbuhan Eksport Malaysia Meningkat Pada Mac, Harga Komoditi Terus Melonjak
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Jumlah dagangan Malaysia pada Februari 2022 bernilai RM184.8 bilion iaitu peningkatan 17.5 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai eksport mencatat RM102.3 bilion iaitu meningkat 16.8 peratus tahun ke tahun manakala import bernilai RM82.5 bilion (meningkat 18.4 peratus tahun ke tahun).

Menurutnya, peningkatan import dicatatkan di Pulau Pinang iaitu +RM3.1 bilion, Selangor (+RM2.7 bilion), Johor (+RM1.7 bilion), Kedah (+RM1.5 bilion), Sarawak (+RM1.2 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM972.5 juta), Pahang (+RM806.6 juta), Terengganu (+RM578.3 juta), Negeri Sembilan (+RM449.2 juta), Sabah (+RM273.5 juta) serta Perlis (+RM18.2 juta).

“Bagaimanapun, import susut di Melaka (-RM563.5 juta), Perak (-RM452.4 juta), Kelantan (-RM57.0 juta) dan Wilayah Persekutuan Labuan (-RM5.6 juta),” katanya dalam kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri bagi Februari 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas prestasi eksport mengikut negeri, Mohd Uzir berkata eksport pada Februari 2022 meningkat sebanyak RM14.7 bilion (+16.8 peratus) berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Eksport lebih tinggi direkodkan oleh kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM5.7 bilion), Sarawak (+RM3.0 bilion), Kedah (+RM2.2 bilion), Wilayah Persekutuan Labuan (+RM1.6 bilion), Selangor (+RM1.5 bilion), Sabah (+RM1.2 bilion), Johor (+RM1.1 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM1.0 bilion), Pahang (+RM103.8 juta) dan Perlis (+RM23.9 juta), kata beliau.

“Namun, eksport menyusut di Melaka (-RM1.2 bilion), Perak (-RM1.1 bilion), Terengganu (-RM320.2 juta), Kelantan (-RM199.5 juta) dan Negeri Sembilan (-RM31.7 juta),” katanya.

Beliau berkata antara lima negeri pengimport utama, Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan 26.3 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (23.1 peratus, Johor (20.2 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7.1 peratus) dan Kedah (6.2 peratus).

Bagi eksport, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan sebanyak 29.6 peratus dan diikuti oleh Selangor (19.3 peratus), Johor (18.7 peratus), Sarawak (8.2 peratus) dan Kedah (4.8 peratus).

— BERNAMA

TAG: DOSM, jumlah dagangan, Februari 2022, Mohd Uzir Mahidin
DAAF DAAF TKB INA

Tuesday , 12 April 2022

Share225ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In