• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Untuk Minggu Kesemilan, Catat Aliran Masuk Bersih RM312.4 Juta

in Berita
A A
Kenaikan Inflasi Mungkin Dorong Kenaikan Kadar Faedah Pada Separuh Kedua 2022 – Penganalisis
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Pelabur asing terus menjadi pembeli bersih untuk minggu berakhir 8 April, menyaksikan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM312.40 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research).

Dalam laporan strategi ekuitinya hari ini, firma penyelidikan itu berkata pelabur asing adalah pembeli bersih untuk semua hari dagangan minggu lepas, dengan catatan yang terbesar pada hari Isnin berjumlah RM93.34 juta dan paling sedikit pada Khamis berjumlah RM17.38 juta.

Setakat Jumaat, belian bersih oleh pelabur asing adalah selama 14 hari berturut-turut.

“Dana antarabangsa menjadi pembeli bersih untuk tempoh sembilan minggu berturut-turut pada masa ini sementara aliran masuk bersih pula ialah dalam 12 daripada 14 minggu pertama tahun 2022.

“Jumlah aliran masuk bersih untuk sembilan minggu ini berjumlah RM6.67 bilion manakala setakat tahun ini,  aliran masuk bersih ialah RM6.97 bilion,” katanya.

MIDF Research berkata sektor yang paling menjadi tumpuan dalam kalangan pelabur asing minggu lepas ialah perkhidmatan kewangan, produk perkhidmatan dan perindustrian serta perladangan, yang menyaksikan aliran masuk bersih masing-masing sebanyak RM329.9 juta, RM57.3 juta dan RM45.1 juta.

Sementara itu, institusi tempatan dan peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih untuk minggu berkenaan, masing-masing mencatatkan -RM303.19 juta dan -RM9.22 juta, katanya.

Institusi tempatan kekal sebagai penjual bersih dengan jualan terbesar pada hari Rabu, merekodkan sebanyak -RM95.49 juta dan paling sedikit pada Jumaat iaitu -RM30.08 juta.

“Secara keseluruhan, institusi tempatan adalah penjual bersih dengan mencatatkan -RM303.19 juta, manakala pergerakan peruncit tempatan agak bercampur-campur minggu lepas iaitu jualan bersih selama tiga hari dan belian bersih dua hari, menyaksikan kedudukan jualan bersih pada minggu berkenaan adalah sebanyak -RM9. 21 juta,” katanya.

Setakat tahun ini, MIDF Research berkata institusi tempatan adalah penjual bersih -RM7.38 bilion manakala peruncit tempatan dan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih masing-masing pada RM0.41 bilion dan RM7.0 bilion.

Dari segi penyertaan, institusi tempatan dan peruncit tempatan menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian, masing-masing sebanyak 13.50 peratus dan 13.66 peratus, manakala pelabur asing merekodkan penurunan sebanyak 10.39 peratus.

— BERNAMA

Share234ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In