• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

RHB Research Jangka Impak Neutral Ke Atas Pasaran Selepas PRU

in Berita
A A
RHB Research Jangka Impak Neutral Ke Atas Pasaran Selepas PRU
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Tanpa mengambil kira mana-mana gabungan parti politik yang berjaya menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, impak ke atas pasaran mungkin bersifat neutral, kata RHB Research.

Firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini menjelaskan cabaran sedia ada tetap kekal dan belum ada gabungan parti yang mampu menonjolkan idea serta kemampuan kepimpinan yang lebih menyerlah.

“Kedua-dua pihak belum melakukan apa-apa pembaharuan yang bermakna dalam menonjolkan pemimpin generasi akan datang yang boleh menerajui pengundi muda, selain masih ketinggalan dalam memecahkan kebuntuan dan memacu lebih banyak proses politik.

“Kesinambungan dasar-dasar utama dan memastikan bahawa peraturan undang-undang diperkasakan adalah jangkaan asas pasaran tanpa mengira pemenang dalam PRU15,” katanya.

Dengan kedudukan semasa Parlimen yang akan berakhir pada pertengahan 2023 serta kemenangan Barisan Nasional (BN) yang terkini di Melaka serta Johor telah membangkitkan seruan kepada Perdana Menteri termasuk pakar-pakar strategi BN untuk membubarkan Parlimen dan memulakan PRU15, RHB Research menjangkakan PRU mungkin akan diadakan lebih awal.

“Hasil negatif (daripada PRU) adalah yang mana gabungan parti yang menang tidak mampu muncul dengan majoriti yang selesa. Senario “ketiadaan majoriti yang besar” akan membawa kepada lebih banyak lompat parti, tawar-menawar dan urusan tepi yang tidak mendatangkan faedah ke atas kepentingan demokrasi negara,” katanya.

Secara keseluruhan, firma penyelidikan itu menjangkakan pemulihan ekonomi tetap akan berlaku tetapi turut melihat cabaran yang sedang terkumpul.

“Penilaian pasaran masih tidak memberangsangkan selepas melihat kekurangan pertumbuhan pendapatan pada 2022. Oleh itu, potensi ketidaktentuan menunjukkan bahawa pelabur domestik tidak akan memandang terlalu jauh ke hadapan sambil mengekalkan pendirian yang lebih fleksibel.

“Tahun 2022 akan menjadi pasaran yang memerlukan pemilihan saham berdasarkan kepada asas sesebuah syarikat dan bukan kepada persekitaran makro ekonomi. Pelabur harus memberi tumpuan kepada nilai serta kitaran yang boleh memanfaatkan pemulihan dan mencari titik masuk yang lebih menarik bagi membina kedudukan jangka panjang,” katanya lagi.

Bagaimanapun, RHB Research menasihatkan para pelabur untuk mengekalkan pegangan teras dalam saham-saham yang bertahan serta berhasil tinggi termasuk syarikat yang memiliki profil alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kukuh.

“Sasaran akhir 2022 FBM KLCI kami didasarkan kepada andaian bahawa ekonomi akan terus dibuka semula, dibantu oleh persekitaran yang agak stabil bagi pertumbuhan global.

“Kami menggubah sasaran akhir 2022 FBM KLCI kepada 1,670 mata berbanding 1,630 mata, selepas mengaitkan 16 kali harga kepada pendapatan (P/E) yang tidak berubah kepada jangkaan pendapatan 2023, premium yang tinggi sedikit untuk jangka panjang purata pasaran P/E sebanyak 15.7 kali.

“Sasaran akhir tahun yang lebih tinggi mencerminkan kenaikan bersih 2.9 peratus dalam pendapatan tahun kewangan 2023 sesaham berbanding dengan anggaran pada tarikh laporan suku tahunan sebelum ini,” katanya.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In