• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

CGS-CIMB Semak Menaik Unjuran Trafik udara 2022 Berikutan Pembukaan Awal Sempadan

in Berita
A A
CGS-CIMB Semak Menaik Unjuran Trafik udara 2022 Berikutan Pembukaan Awal Sempadan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — CGS-CIMB telah menaikkan unjuran tahun 2022 untuk trafik domestik di lapangan terbang yang diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebanyak 21 peratus kepada 85 peratus daripada 70 peratus asas prapandemik pada 2019 berikutan pembukaan sempadan yang lebih awal daripada jangkaan.

Syarikat penyelidikan itu turut menyemak semula unjuran trafik antarabangsa tahun 2022 kepada 40 peratus daripada 25 peratus pada asas prapandemik.

“Unjuran baharu kami adalah munasabah kerana pada Februari 2022, trafik domestik Malaysia sudah mencapai 69 peratus daripada asas 2019, dan kami menjangkakan syarikat penerbangan baharu, MYAirline akan memulakan operasi mulai Ogos,” kata penganalisis Raymond Yap dalam nota hari ini.

CGS-CIMB menjangkakan sempadan antarabangsa negara akan dibuka semula pada pertengahan 2022, sebaliknya kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula mulai 1 April.

AirAsia dan Malaysia Aviation Group (MAG) dilaporkan berkata mereka menyasar untuk mendapatkan kembali, masing-masing  90 peratus dan 70 peratus kapasiti penumpang sebelum COVID-19 menjelang akhir 2022.

Oleh itu, CGS-CIMB percaya kapasiti sebahagian besarnya adalah bersifat antarabangsa, memandangkan kedua-dua syarikat penerbangan itu menumpukan pada pemulihan kapasiti domestik sejak enam  bulan lepas.

Yap berkata pemulihan trafik domestik dan antarabangsa mungkin juga daripada Malindo Air dan AirAsia X (AAX), yang mana kedua-duanya telah mengurangkan penerbangan masing-masing dengan ketara semasa penularan pandemik.

“Malindo mungkin memindahkan kembali ke Malaysia beberapa daripada 24 Boeing 737 yang telah dipindahkan ke Indonesia dalam tempoh dua tahun lepas manakala AAX mungkin memulihkan beberapa perkhidmatan penumpang jarak sederhananya jika hasil kargo boleh terus membayar kos penerbangan memandangkan perolehan kargo yang tinggi pada masa ini,” katanya.

Bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG), beliau berkata unjuran trafik penumpang antarabangsa untuk 2022 kini lebih tinggi sebanyak 18 peratus hingga 100 peratus, berbanding 85 peratus asas pra-COVID.

“Kami telah pun mengambil kira bahawa penerbangan Rusia dan Ukraine dari ISG telah digantung; ini menyumbang sembilan hingga 10 peratus daripada trafik penumpang ISG pada 2019,” katanya.

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In