• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

PR1MA, SCID Bekerjasama Bangunkan Rumah Mampu Milik

in Berita
A A
PR1MA, SCID Bekerjasama Bangunkan Rumah Mampu Milik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bekerjasama dengan SANY Construction Industry Development (M) Sdn Bhd (SCID) untuk membina rumah mampu milik menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) dalam perkongsian yang akan mewujudkan lebih 12,000 pekerjaan.

Dalam satu kenyataan bersama, PR1MA berkata perkongsian itu mempunyai potensi pelaburan sebanyak RM75 juta di mana SCID, anak syarikat SANY Group yang berpangkalan di China akan membina tiga kilang IBS di lokasi strategik.

“Penggunaan teknologi IBS akan menyumbang kepada pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara dengan nilai pembangunan bernilai RM5 bilion,” kata kenyataan itu.

Teknologi IBS ialah cara pembinaan moden dan boleh membantu meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan masa pembinaan, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa lawatannya ke Dubai telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara PR1MA dan SCIB di Pavilion Malaysia, Ekspo Dubai 2020.

PR1MA dan SCID akan bekerjasama untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan membangunkan inisiatif Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di cawangan SCID di Malaysia dan luar negara.

Pengerusi PR1MA Datuk Fathul Bari Mat Jahya berkata kerjasama itu penting bagi mencapai hasrat kerajaan membantu keluarga Malaysia berpendapatan sederhana (M40) memiliki rumah pertama mereka.

Ia juga selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu “Satu Keluarga, Satu Rumah” dan aspirasi Keluarga Malaysia yang dicetus oleh perdana menteri.

PR1MA, sebuah agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dipertanggungjawabkan untuk membina rumah mampu milik dan meningkatkan pemilikan rumah sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

— BERNAMA 

Share240ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In