• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kenaikan Inflasi Mungkin Dorong Kenaikan Kadar Faedah Pada Separuh Kedua 2022 – Penganalisis

in Berita
A A
Kenaikan Inflasi Mungkin Dorong Kenaikan Kadar Faedah Pada Separuh Kedua 2022 – Penganalisis
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Jangkaan peningkatan inflasi pada separuh kedua tahun ini mungkin mendorong Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan kadar faedah, demikian menurut firma penyelidikan.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Public Investment Bank Bhd (PIVB) berkata ia mengunjurkan inflasi keseluruhan melebihi 3.0 peratus, manakala inflasi teras pada 2.7 peratus pada tahun ini.

Selain peningkatan faktor kos global terutamanya minyak, bank pelaburan itu berkata inflasi juga akan meningkat berikutan impak susulan daripada lapan program rangsangan fiskal pada 2021 dan tempoh lanjutan bagi persekitaran kadar faedah rendah.

PIVB berkata inisiatif awam-swasta untuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada tahun ini akan memberi manfaat kepada inflasi.

Ia berkata demikian bagi mengulas laporan tahunan terkini BNM yang mana bank pusat meramalkan inflasi keseluruhan untuk bergerak antara 2.2 peratus dan 3.2 peratus pada 2022 (2021:2.5 peratus) dan inflasi teras pada 2.0-3.0 peratus (2021: 0.7 peratus).

Menurut PIVB, cabaran daripada pandemik COVID-19 global dan pemulihan ekonomi yang baru bermula selepas krisis, mungkin mendorong BNM untuk mengekalkan dasar akomodatifnya pada separuh pertama 2022, selain turut dipengaruhi ketidaktentuan akibat konflik Rusia-Ukraine.

“Bagaimanapun, jangkaan kenaikan inflasi teras membawa kepada persekitaran kadar faedah yang rendah, keadaan yang bleh mencetuskan peningkatan kadar faedah pada separuh kedua 2022.

“Peningkatan yang berlaku juga turut didorong oleh situasi guna tenaga penuh pada 2022 dan langkah terdahulu untuk menghindarkan ketidakseimbangan kewangan,” katanya.

PIVB berkata peralihan Malaysia kepada fasa endemik COVID-19 pada April ini akan menyokong pemulihan sepenuhnya sektor kritikal seperti perkhidmatan dan pelaburan swasta, justeru, pemulihan dalam pertumbuhan ekonomi pada 2022.

“Secara kritis, perbelanjaan besar membabitkan COVID-19 akan berakhir tahun ini dan paras siling hutang fiskal akhirnya akan direndahkan kepada paras sebelum krisis, situasi yang menggalakkan untuk penarafan berdaulat kita dan secara lanjutan, kos pembiayaan fiskal kita,” katanya. 

Meskipun terdapat inisiatif yang meluas untuk meningkatkan output, bank pelaburan itu berkata ia tetap berhati-hati berikutan risiko penularan COVID-19 selain potensi kemunculan varian yang membimbangkan.

“Gangguan bekalan dan ketidakseimbangan komoditi global juga boleh terjejas. Kelembapan ekonomi China kekal membimbangkan berikutan kesan limpahannya kepada perdagangan kita,” menurut PIVB.

— BERNAMA

Share255ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In