• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pengusaha Ladang Kelapa Sawit Boleh Tangani Kenaikan Kos Operasi Dengan Tingkatkan Hasil FFB – CGS-CIMB

in Berita
A A
Pengusaha Ladang Kelapa Sawit Boleh Tangani Kenaikan Kos Operasi Dengan Tingkatkan Hasil FFB – CGS-CIMB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) — Pengusaha ladang kelapa sawit boleh menangani peningkatan kos operasi iaitu di antara 10 dan 15 peratus, dengan menambah baik hasil buah tandan segar (FFB) untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka bagi setiap tan, kata CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.

Ketua Penyelidikan Ivy Ng berkata syarikat-syarikat perladangan dijangka berhadapan masalah kos tahun ini kerana semua komponen utama kos ladang meningkat seperti baja, buruh, bahan api, cukai dan pematuhan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi pada masa ini juga mampu mengimbangi kenaikan kos pengeluaran bagi syarikat perladangan dan pekebun kecil.

“Bagaimanapun, harga MSM yang tinggi dijangka tidak kekal dalam jangka sederhana,” katanya di Seminar Internet Minyak Sawit (Pointers) hari ini.

Ng juga berkata bahawa hasil  FFB boleh bertambah baik melalui produktiviti yang lebih tinggi di estet melalui pengambilan pekerja asing bagi mengurangkan isu kekurangan buruh.

Ini, katanya akan membolehkan input baja tepat pada masanya, penanaman semula pokok sawit tua dengan benih yang tinggi hasilnya serta amalan agronomi yang lebih baik.

Dalam jangka sederhana, beliau berkata penggunaan jentera untuk beberapa aktiviti perladangan bagi meningkatkan produktiviti boleh menjadi satu lagi cara mengurangkan kos.

Ng menambah Malaysia telah menubuhkan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) untuk menerokai teknologi penjenteraan/mekanisasi dan automatik untuk ladang kelapa sawit ke arah meningkatkan produktiviti, fokus khusus kepada operasi penuaian FFB  dan mengurangkan pergantungan kepada penuai kelapa sawit.

Sementara itu, beliau turut berkata kerajaan dijangka mengutip lebih RM1 bilion levi cukai keuntungan luar biasa pada 2022 berdasarkan unjuran harga purata MSM pada RM4,250 satu tan metrik dan pengeluaran sebanyak 19 juta tan metrik.

Bertemakan “Assessing 2022: Managing Opportunities and Risks” (Menilai 2022: Menangani Peluang dan Risiko), seminar itu menampilkan enam pembentangan merangkumi topik antara lainnya seperti penawaran dan permintaan minyak dan lemak, prospek harga dan pasaran dan peluang bagi minyak sawit di pasaran Asia Tengah dan Timur Tengah & Afrika Utama  (MENA).

Seminar itu berlangsung dari 28 Mac hingga 1 April, 2022.

— BERNAMA

Share312ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In