• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

AirAsia Selesaikan 99 Peratus Pertanyaan Pelanggan, Permintaan Bayaran Balik Disebabkan Pandemik

in Berita
A A
Permintaan Kukuh Bantu AirAsia Tangani Impak Akibat Krisis Rusia-Ukraine
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Mac  (Bernama) — AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL)  telah menyelesaikan lebih 99 peratus pertanyaan tetamu/pelanggan berkenaan permintaan bayaran balik yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 sejak dua tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bo Lingam berkata syarikat penerbangan itu telah menerima jumlah pertanyaan yang amat tinggi dengan purata kira-kira 200,000 setiap hari semasa tempoh puncak.

“Kami telah berhubung dengan lebih lima juta tetamu sejak pandemik bermula dan menyelesaikan sebahagian besar permintaan mereka berkaitan penerbangan yang dibatalkan dengan memberikan kembalian dalam bentuk akaun kredit, bayaran balik tunai ataupun penukaran penerbangan.

“Bagi semua syarikat penerbangan bawah AAAGL, kami setakat ini telah memberikan kembalian kepada lebih tiga juta tempahan tiket sama ada dalam bentuk bayaran balik tunai ataupun akaun kredit. Secara keseluruhan kami menerima permintaan untuk bayaran balik sebanyak US$1.80 bilion (US$1=RM4.22) daripada para tetamu sejak 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah permintaan bayaran balik tunai, lebih 99 peratus daripadanya telah berjaya diselesaikan dengan hanya US$14.66 juta atau 0.8 peratus masih dalam proses pembayaran  dan ianya dijangka selesai dalam beberapa bulan sahaja lagi, tambah beliau.

Menurut Bo, sebahagian besar tetamu mereka telah memilih akaun kredit yang diproses serta-merta dan sah sehingga dua tahun untuk tempahan daripada tarikh dikeluarkan.

Beliau berkata dengan penyambungan semula penerbangan domestik dan pembukaan semula sempadan di kebanyakan pasaran utamanya, kira-kira 88 peratus daripada akaun kredit yang dikeluarkan telah digunakan, menandakan keinginan dan keyakinan yang kukuh terhadap perjalanan udara dalam kalangan orang ramai.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In