• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

MPOB Akan Laksanakan Strategi Merentasi Lima Teras Dasar Agrikomoditi

in Berita
A A
MPOB Akan Laksanakan Strategi Merentasi Lima Teras Dasar Agrikomoditi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kini dalam proses untuk melaksanakan strategi yang sejajar dengan lima teras Dasar Agrikomoditi Kebangsaan 2021-2030 (DAKN 2030) bagi mempercepat pertumbuhan sektor minyak sawit.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata MPOB sedang memperkukuh langkah dan mekanisme, termasuk pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) oleh Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) oleh penanam sawit termasuk pekebun kecil bagi memastikan amalan baik terbabit dilaksanakan secara konsisten di seluruh rantaian bekalan.

“Piawaian MSPO juga sedang disemak dengan menerapkan prinsip dan kriteria lebih ketat sejajar dengan piawaian kemampanan global dan keperluan kebolehkesanan yang dibangunkan.

“Bagi tempoh sehingga 28 Februari 2022, kira-kira 95 peratus kawasan tanaman sawit di Malaysia telah mendapat Pensijilan MSPO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Parveez berkata, MPOB turut membantu pekebun kecil dalam pelaksanaan amalan pertanian baik seperti penggunaan baja secara optimum, kawalan perosak dan penyakit yang berkesan, amalan penuaian dan pengurusan ladang untuk mencapai hasil yang maksimum.

“MPOB akan menyediakan latihan untuk pekebun kecil melalui khidmat pengembangan dan tunjuk ajar serta menerusi kerjasama dengan syarikat perladangan bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan ladang selain bimbingan untuk pensijilan MSPO

“Pekebun kecil itu akan turut dibantu untuk melaksananakan penanaman semula manakala syarikat perladangan digalakkan mengoptimumkan program penanaman semula menerusi penggunaan bahan tanaman berhasil tinggi untuk memaksimumkan keuntungan jangka panjang,” katanya.

Menurutnya, MPOB sedang berusaha untuk meningkatkan produktiviti buruh dalam sektor huluan dengan mempergiat penyelidikan mekanisasi dan automasi untuk operasi perladangan melalui kerjasama sektor awam dan swasta.

Bagi sektor pertengahan, MPOB memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi untuk mengautomasikan keseluruhan proses pengilangan buah sawit, meningkatkan kawalan kualiti di kilang sawit dan kilang penapisan serta penggredan buah tanda segar (BTS) dan proses pembuangan sampah di kilang.

Ini akan disokong oleh bantuan teknikal dan proses pensijilan untuk membantu kilang yang ketinggalan untuk menaik taraf operasi dan kecekapan masing-masing, kata beliau.

Ahmad Parveez berkata, aktiviti hiliran pula menyaksikan MPOB memberi tumpuan terhadap penghasilan teknologi produk makanan dan bukan makanan berprestasi dan bernilai tinggi.

“Kami menghasilkan teknologi untuk produk berasaskan sawit berkualiti tinggi yang sesuai dengan keadaan iklim tempatan dan negara pengimport sambil memberi kelebihan kos dan khasiat pemakanan.

“Produk makanan yang berpotensi termasuk minyak masak dan lemak pepejal serta bahan makanan bernilai tinggi seperti pengganti mentega koko untuk penghasilan coklat, roti dan lemak konfeksi, mentega dan pengganti lemak susu manakala bukan makanan termasuk produk oleokimia dan biobahan api,” katanya.

— BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In