• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Catat Aliran Masuk Bersih Berjumlah RM565.6 Juta Minggu Lepas

in Berita
A A
bursa malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Pelabur asing dan peruncit tempatan merupakan pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu berakhir 25 Mac, menyaksikan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM565.6 juta manakala aliran masuk bersih daripada pelabur asing berjumlah RM525.8 juta, kata MIDF Research.

Dalam laporan strategi ekuitinya hari ini, bank pelaburan itu berkata dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk tempoh 10 minggu daripada 12 minggu dengan aliran masuk bersih RM6.12 bilion setakat tahun ini.

Pelabur asing menjadikan penjual bersih dengan merekodkan sejumlah -RM8.6 juta pada Isnin apabila pasaran dibuka minggu lepas, menamatkan pembelian bersih berturut-turut selama 30 hari.

Namun begitu, ia muncul sebagai pembeli bersih semula untuk baki hari urus niaga minggu berkenaan.

Aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada Khamis sebanyak RM176.5 juta, Selasa sebanyak RM134.3 juta dan Jumaat RM114.5 juta.

Untuk minggu lepas, institusi tempatan mengakhiri aktiviti jualan bersih selama 31 hari pada Isnin dengan belian bersih berjumlah RM58.3 juta sebelum bertukar semula menjadi penjual bersih dari Selasa hingga Jumaat.

Aliran keluar bersih terbesar dicatatkan pada hari Selasa sebanyak RM225.2 juta, Khamis merekodkan RM191.7 juta dan diikuti Rabu sebanyak RM105 juta.

“Secara keseluruhan, institusi tempatan adalah penjual bersih dengan mencatatkan sejumlah US$565.5 juta,” kata MIDF Research.

Sementara itu, pergerakan peruncit dilihat bercampur-campur minggu lepas dengan jualan bersih selama tiga hari dan dua hari belian bersih, menyaksikan kedudukan belian bersih untuk minggu itu pada RM39.9 juta.

Peruncit adalah penjual bersih pada hari Isnin merekodkan sebanyak RM49.8 juta, Rabu (RM4 juta) dan Jumaat (RM12.4 juta), manakala bertukar menjadi pembeli bersih pada hari Selasa dengan RM90.94 juta dan Khamis RM15.21 juta.

Dari segi penyertaan, hanya institusi tempatan yang menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak +5.74 peratus, manakala pelabur asing dan institusi tempatan mencatatkan penurunan, masing-masing sebanyak -61.77 peratus dan -8.87 peratus.

“Pada asas tahun setakat ini, institusi tempatan adalah penjual bersih dengan merekodkan sejumlah RM6.61 bilion manakala peruncit tempatan bertindak sebagai  pembeli bersih pada RM492.8 juta,” kata MIDF Research.

Dari segi penyertaan, hanya institusi tempatan yang menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak +5.74 peratus, manakala pelabur asing dan institusi tempatan mencatatkan penurunan, masing-masing sebanyak -61.77 peratus dan -8.87 peratus.

“Pada asas tahun setakat ini, institusi tempatan adalah penjual bersih dengan merekodkan sejumlah RM6.61 bilion manakala peruncit tempatan bertindak sebagai  pembeli bersih pada RM492.8 juta,” kata MIDF Research.

Minggu lepas, Press Metal Aluminium Holdings Bhd mencatatkan aliran masuk wang bersih tertinggi sebanyak RM2.4 juta. Bagaimanapun, harga sahamnya adalah -1.57 peratus lebih rendah untuk minggu berkenaan berbanding bursa tempatan yang mencatatkan peningkatan mingguan +0.76 peratus.

Sementara itu,  Petronas Chemicals Group Bhd menyaksikan aliran keluar wang bersih terbesar sebanyak -RM6.24 juta minggu lepas dengan harga sahamnya +2.13 peratus lebih tinggi,  mengatasi prestasi FBM KLCI yang mengukuh +0.76 peratus pada minggu kajian.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In