• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Keluarkan Kertas Cadangan Pindaan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama, ACE

in Berita
A A
bursa malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas perundingan awam berhubung cadangan pindaan terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE yang bertujuan meningkatkan amalan kemampanan dan pendedahan penerbit yang tersenarai.

Dalam kenyataan hari ini, Bursa Malaysia berkata ia telah menyaksikan banyak penambahbaikan dalam kalangan penerbit tersenarai sejak pelancaran Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan pada 2015.

“Bagaimanapun, memandangkan landskap kemampanan global telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bursa mengakui keperluan untuk meningkatkan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan bagi memastikan ia terus relevan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Muhamad Umar Swift berkata, Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan yang dipertingkatkan akan berfungsi sebagai pendorong kepada penerbit tersenarai untuk melaksanakan amalan terbaik antarabangsa dan merealisasikan aspirasi nasional untuk menjadi pasaran modal terkemuka bagi kemampanan di rantau ini.

Bagi Pasaran Utama, bursa bercadang meminta pendedahan mengenai hal-hal kemampanan yang ditetapkan dan penunjuk yang diakui penting kepada penerbit tersenarai merentasi semua sektor.

“Turut sama penting adalah keperluan segera untuk menerapkan dan menguruskan risiko dan peluang berkaitan perubahan iklim yang berkesan agar berjaya beralih kepada dunia berkarbon rendah. Memerangi impak perubahan iklim bukan sahaja dapat memperkukuh daya tahan perniagaan penerbit tersenarai kami, malah, akan turut merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi neutral seawal 2050.

“Sehubungan itu, bursa mencadangkan semua penerbit tersenarai untuk menyediakan pendedahan berkaitan perubahan iklim, seiring dengan syor Pendedahan Kewangan berkaitan Iklim (TCFD),” katanya.

Bursa turut mencadangkan, sewajarnya, amalan kemampanan dan pendedahan syarikat tersenarai di Pasaran ACE diperkukuh agar setanding dengan Pasaran Utama.

“Dalam hal ini, bursa menyarankan syarikat tersenarai di Pasaran ACE mendedahkan maklumat kemampanan yang ditetapkan pada masa ini untuk penerbit tersenarai di Pasaran Utama, serta cadangan hal-hal kemampanan bersama, maklumat kuantitatif yang dipertingkatkan dan penyataan jaminan.

“Selain itu, bursa mencadangkan pendedahan rancangan asas untuk memudahkan syarikat tersenarai di Pasaran ACE mempertimbangkan risiko dan peluang perubahan iklim apabila beralih ke arah ekonomi berkarbon rendah,” katanya.

— BERNAMA

Share251ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In