Teknik swing sesuai bagi pelabur yang tiada masa untuk hadap skrin hari-hari. Pelabur yang biasanya menggunakan teknik swing adalah mereka yang mempunyai kerja tetap dan perlu pergi ke pejabat.
Jika dah ke pejabat maka tiada masa untuk fokus terhadap saham pada setiap masa. Pelabur jenis ini biasanya akan berdagang secara santai.
Baca : Tips Untuk Trader Saham Yang Bekerja Makan Gaji
Sekarang ini timbul persoalan bagaimana hendak buat duit dalam saham tetapi secara santai (tanpa stress)?
1. Saham Yang Selamat
Swing trader akan mencari saham yang membuat kenaikan yang selamat. Saham-saham yang selamat adalah bukan dari saham spekulasi dan saham syarikat yang rugi.
Cara mencari saham yang selamat adalah anda boleh perhatikan indeks terlebih dahulu.
Hal ini kerana indeks merupakan penunjuk arah prestasi keseluruhan saham dalam indeks tersebut. Maka, anda boleh perhatikan ke manakah arah tuju indeks.
Sekiranya indeks sudah mula membuat pergerakan uptrend maka anda boleh perhatikan saham dalam sektor itu.
Jika indeks belum menunjukkan sebarang tanda, maka kenaikan saham tadi mungkin hanya bersifat sementara.
Ia tidak bermakna sektor dalam fasa downtrend tidak boleh dibeli, tetapi sebagai seorang swing trader saham ini tidak sesuai untuk anda.
Baca : Swing Trading Dan Day Trading, Apa Perbezaannya
2. Saham Yang Baru Membuat Permulaan Mark Up
Dalam saham terdapat 4 fasa. Fasa yang pertama adalah accumulation. Fasa yang kedua adalah fasa mark up. Fasa yang ketiga adalah distribution dan fasa yang terakhir adalah mark down.
Apa itu fasa mark up?
Mark up merupakan fasa di mana sesebuah saham sedang membuat uptrend dan saham dalam fasa mark up akan sentiasa di atas garisan uptrend.
Ramai pelabur dan pedagang yang akan membuat entry mereka ketika fasa ini kerana potensi membuat keuntungan yang lebih tinggi.
Kenapa saham yang baru membuat permulaan mark up sesuai untuk kita swing? Apabila satu-satu saham telah lama tidur atau membuat accumulation, saham ini berpotensi untuk naik dengan lebih jauh setelah ia breakout.
Oleh itu, satu tindakan bijak sekiranya anda memilih saham yang baru membuat permulaan mark up. Jangan pula anda cari saham yang dah lama membuat fasa mark up. Risikonya sudah menjadi tinggi.
Saham yang membuat breakout pada garisan resistance fasa accumulation, maka itu adalah permulaan fasa mark up. Semoga anda dapat mengkaji dan mencari saham-saham yang baru membuat permulaan mark up.
Pemilihan saham yang betul serta penguasaan teknik swing ini sangat penting agar pelabur tidak membuat kesilapan dalam pelaburan saham.
Dengan teknik swing, anda berpotensi mendapat pulangan yang tinggi.
Baca: Pulangan Lebih 30% Dengan Teknik Swing Trading
Terdapat juga satu cabang dari teknik swing ini yang popular digunakan. Teknik ini membolehkan anda membuat keuntungan beberapa kali dengan hanya satu saham. Nak belajar ilmu ini?
Baca: Teknik Swing Trading Yang Popular, ‘Stuck In A Box’
Sekarang anda rasa teknik swing sesuai dengan diri anda? Ada satu lagi tips yang kami ingin kongsikan kepada anda. Mesti anda nak tahu bagaimana swing trader meletakkan queue order sedangkan mereka perlu masuk ke pejabat pada jam 9 pagi.
Baca: Tiada Masa Labur Saham, Ini Yang Swing Trader Buat
Sebelum anda memilih untuk mengaplikasikan teknik swing, sebaiknya anda mendapatkan ilmu teknik ini terlebih dahulu. Selepas itu, barulah anda mengaplikasikan teknik tersebut di pasaran saham.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!