• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Harga Sawit Pecah Rekod Buat Saham Leader Untung Besar

in Saham
A A
Harga Sawit Pecah Rekod Buat Saham Leader Untung Besar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Pada awal bulan Februari 2022, harga sawit mencecah rekod RM5,700 bagi satu tan. Harga tersebut naik disebabkan pengurangan bekalan daripada pengeluar dan pengeksport utama Indonesia. 

Sumber: Utusan

Baca : Harga sawit cecah rekod RM5,700

Mengapa negara Indonesia memutuskan untuk mengurangkan eksport?

Peraturan Eksport Baharu Indonesia

Pihak berkuasa Indonesia menggemparkan pasaran minyak sawit global pada bulan Januari dengan Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi berkata pengeksport mesti mengetepikan 20 peratus daripada penghantaran mereka untuk obligasi pasaran domestik. 

Ia dilaksanakan bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi di pasaran tempatan pada harga berpatutan. 

Dengan sekatan eksport itu, pembeli memilih untuk membeli minyak sawit Malaysia lalu mendorong permintaan.

Oleh sebab itu, peladang sawit Malaysia sudah tentu mendapat manfaat daripada dasar eksport baharu Indonesia tersebut.

Baca : Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia

Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) telah mengekalkan saranan positif terhadap sektor perladangan serantau berdasarkan jangkaan bahawa harga jualan purata minyak sawit mentah akan kekal tinggi bagi suku pertama 2022. 

Secara keseluruhannya, Maybank IB telah menjangkakan eksport Februari adalah memberangsangkan walaupun harga minyak sawit mencatatkan rekod yang tinggi serta hari bekerja yang lebih rendah pada bulan Februari berbanding bulan Januari. 

Justeru, Maybank IB telah memberi saranan belian terhadap beberapa saham yang menjalankan perniagaan berkaitan kelapa sawit. 

Nak tahu saham apa, anda kenalah rujuk pada laporan analisis yang dikeluarkan oleh Maybank IB.

Selain itu, konflik di antara Russia dan Ukraine turut menjejaskan eksport minyak bunga matahari dari rantau Laut Hitam lalu menyebabkan pasaran global menjadikan minyak sawit sebagai pilihan untuk minyak sayuran.

Baca : Konflik Russia-Ukraine lonjak harga sawit cecah paras tertinggi

Ia sekali gus menyebabkan permintaan terhadap komoditi tersebut melonjak naik. 

Sejak daripada itu, harga sawit terus memecahkan rekod tertinggi sehingga berjaya mencecah RM8,000 satu tan. 

Sumber: Berita Harian

Pelbagai berita seperti di atas sudah tentu memberi impak terhadap pergerakan harga saham sektor perladangan.

Jom kita lihat prestasi beberapa saham ‘Leader’ dalam sektor perladangan. Saham-saham ini dianggap sebagai Leader kerana prestasi kewangan syarikat yang lebih kukuh serta saiz syarikat yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan saham-saham lain dari sektor yang sama.

Carta Saham ‘A’

Prestasi Kewangan Suku Tahunan Saham A

Sumber: malaysiastock.biz

Pada laporan suku tahunan terkini yang dikeluarkan syarikat A, syarikat ini telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM208.3 juta. Jika dilihat pada keuntungan margin, ia turut meningkat daripada 9.6% yang dicatatkan pada suku sebelumnya dan meningkat kepada 14.9% bagi suku terkini. 

Modal pasaran bagi saham A setakat 2 Mac 2022 adalah RM3.706 bilion.

Carta Saham ‘B’

Prestasi Kewangan Suku Tahunan Saham B

Sumber: malaysiastock.biz 

Pada laporan suku tahunan terkini yang dikeluarkan syarikat B, syarikat ini telah mencatatkan peningkatan ketara pada jumlah perolehan 7 suku berturut-turut. Meskipun terdapat sedikit penurunan pada margin keuntungan, syarikat ini masih mencatatkan keuntungan bersih setinggi RM599.3 juta pada suku terakhir. 

Modal pasaran bagi saham B setakat 2 Mac 2022 adalah RM29.62 bilion. 

Carta Saham ‘C’

Prestasi Kewangan Suku Tahunan Saham C

Sumber: malaysiastock.biz

Pada laporan suku tahunan terkini yang dikeluarkan syarikat C, syarikat ini juga menunjukkan peningkatan pada perolehan serta keuntungan bersih syarikat. Pada suku kedua 2022, perolehan syarikat C berada pada RM4.11 bilion dan keuntungan bersih adalah RM494.7 juta.

Margin keuntungan pula meningkat daripada 7.6% kepada 12.0% bagi suku terakhir.

Modal pasaran bagi saham C setakat 2 Mac 2022 adalah RM28.97 bilion. 

Apakah persamaan bagi saham-saham di atas? Saham-saham di atas merupakan Leader bagi sektor perladangan kerana memiliki perniagaan yang kukuh, prestasi kewangan yang baik serta saiz modal pasaran yang besar. 

Apabila wujudnya sentimen yang memberi impak positif terhadap sektor perladangan, saham-saham Leader sudah pastinya bertindak balas terhadap sentimen dan akan bergerak lebih awal berbanding Laggard.

Jangan kata saham-saham di atas mahal. Saham mahal boleh menjadi lebih mahal jika terdapat permintaan terhadap saham tersebut. 

Dalam artikel ini, saya telah beberapa kali menyebut perkataan Leader dan Laggard. Bagi yang belum tahu, Leader merupakan syarikat yang menjadi pemain industri yang utama dan Laggard pula merupakan pemain industri yang kedua. 

Pasaran bergerak bermula dengan saham syarikat pemain utama(Leader) dalam setiap industri. Kemudian barulah disusuli dengan pemain industri yang kedua (Laggard).

Sangat penting untuk kita tahu Leader & Laggard dalam setiap sektor agar kita tidak ketinggalan apabila sesebuah sektor mula membuat pergerakan. Bukan kata saham Laggard tak boleh beli, jika anda terlepas saham Leader apa salahnya anda cari peluang pada saham Laggard.

Nak baca lebih lanjut? 

Baca : CANSLIM – ‘Leader Dan Laggard’ Penentu Saham Mana Yang Gerak Dulu

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.

Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.

Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Share520ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In