• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

4 Perkara Yang Pelabur Perlu Tahu Sebelum Membeli Waran

in Asas Saham, Saham
A A
4 Perkara Yang Pelabur Perlu Tahu Sebelum Membeli Waran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“ Daripada beli penny stock, baik kita beli waran. Sama je kan?”

Satu lagi instrumen pelaburan yang tidak asing dikalangan pelabur adalah waran. Waran menjadi kegemaran mereka yang bermodal kecil dan juga mereka yang suka kepada saham murah atau penny stock. 

Tetapi betul ke pelaburan waran ini sama seperti saham? Boleh ke pelabur beli waran macam pelabur beli saham? 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Betul, waran ini boleh dibeli sama macam kita beli saham dengan menggunakan platform seperti kita membeli saham. Tetapi terdapat beberapa perkara yang pelabur perlu ambil tahu sebelum membeli waran. 

Jom mari kita lihat 4 perkara yang pelabur perlu tahu sebelum membeli waran sebagai instrumen pelaburan.

1. Induk Kepada Waran

Contoh 1 (Sumber: TradingView)

Kebiasaannya, pergerakan waran ini mengikut pergerakan saham induknya atau lebih dikenali sebagai mother share. 

Jika kajian teknikal, mungkin carta waran itu sendiri sudah cukup untuk pelabur membuat kajian, tetapi dari segi fundamental, pelabur perlu merujuk kepada saham induknya sendiri. 

Sebelum membeli waran, pastikan penerbit waran tersebut adalah syarikat induknya sendiri, bukan daripada pihak ketiga seperti bank.

 

2. Tahu Beza Waran Dan Waran Berstruktur

Contoh 2

Jika kita saring waran sesebuah syarikat, biasanya kita akan melihat akan ada lebih daripada satu pilihan. Ada waran syarikat yang dikenali sebagai waran berstruktur. 

Waran syarikat ini adalah waran yang diterbitkan oleh syarikat itu sendiri dan biasanya akan ada simbol WA, WB atau WC di belakang nama saham syarikat tersebut. Waran ini patuh syariah.

Berbeza dengan waran berstruktur, waran ini biasanya diterbitkan oleh pihak ketiga seperti bank pelaburan dan di belakang nama syarikat akan ada huruf seperti CA10, CA11 dan CA12. 

Waran berstruktur ini juga biasanya adalah tidak patuh syariah. Jadi pelabur muslim sila berhati-hati. 

3. Tarikh Matang Waran

Contoh 3 (Sumber: Malaysiastock.biz)

Berbeza dengan saham, waran mempunyai tarikh matang yang pelabur perlu tahu. Biasanya tempoh matang waran ini sekitar 3 hingga 10 tahun. 

Waran ini tidak akan mempunyai nilai selepas daripada tempoh matang tersebut. Jadi pelabur perlu melanggan kepada saham induk atau menjual waran tersebut sebelum tarikh luputnya. 

Jika tidak, modal pelaburan pelabur akan hangus 100%. 

4. Premium Waran

Contoh 4 (Sumber: Malaysiastock.biz)

Premium waran ini penting jika pelabur membuat keputusan untuk melanggan saham induk sesebuah syarikat itu dalam tempoh sah waran tersebut didagangkan. 

Premium ini biasanya menentukan sama ada pelabur untung atau rugi daripada langganan saham induk tersebut. 

Seperti contoh di atas, jika premium waran tersebut negatif, bermakna pelabur melanggan saham induk pada harga diskaun dan memperoleh keuntungan kasar daripada langgan tersebut.

Jika premiumnya positif pula, bermakna pelabur melanggan saham induk tersebut pada harga premium dan akan mengalami kerugian. 

Berikut antara perkara yang pelabur perlu tahu sebelum memilih waran sebagai instrumen pelaburan berbanding saham. Jangan peram sampai lupa tarikh matangnya pula.

Jadi, renung-renungkan dan rancanglah pelaburan anda sebaik mungkin.

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

SAYA BERMINAT!

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIwaran
Share388ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In