• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Coraza Ambil Kesempatan Daripada Peningkatan Permintaan Untuk Industri Semikonduktor

in Catalyst
A A
Coraza Ambil Kesempatan Daripada Peningkatan Permintaan Untuk Industri Semikonduktor
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan bersepadu Coraza Integrated Technology Bhd (Coraza) bakal mengambil kesempatan daripada peningkatan permintaan untuk semikonduktor memandangkan tiada tanda-tanda penurunan dari segi perbelanjaan atau perluasan oleh pelanggannya, di sebalik ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19.

Pengarah Urusan Lim Teik Hoe percaya bahawa COVID-19 akan membawa impak positif terhadap industri semikonduktor dari segi jangka panjang, dengan ramai kini bergerak ke arah pendigitalan dan penggunaan teknologi baharu.

“Coraza menyediakan sokongan kejuruteraan bersepadu kepada para pelanggan, kebanyakannya  syarikat multinasional besar yang merupakan peneraju pasaran dalam bidang masing-masing dan membabitkan industri yang memiliki pertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, instrumen, sains hayat dan peranti perubatan, telekomunikasi, aeroangkasa serta elektrik dan elektronik.

“Dalam tempoh dua tahun ini, syarikat telah menyaksikan pertambahan pertanyaan dan tempahan daripada pelanggan sedia ada dan juga yang berpotensi dari seluruh sektor pasaran, khususnya sektor semikonduktor dari dalam negara dan juga ibu pejabat global mereka,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai prospek syarikat, Lim berkata Coraza merancang untuk menggandakan ruang lantai kilangnya bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi perkhidmatan syarikat.

Syarikat akan pertama sekali meluaskan kilang sedia adanya bagi menempatkan mesin baharu dan perluasan itu dijangka siap bulan ini.

Selain daripada itu, Coraza berhasrat untuk membina kilang baharu bertentangan dengan kilang sedia adanya di Nibong Tebal, Pulau Pinang bagi menambah keupayaan pengeluaran dan membolehkan syarikat menyediakan perkhidmatan baharu kepada pelanggan di masa hadapan.

Pembinaan kilang baharu ini akan dijalankan dalam tiga fasa, dan disasarkan untuk siap menjelang Disember 2023.

“Bergerak ke hadapan, kami positif terhadap prospek dengan syarikat terus meneguhkan kecekapan dan daya saing di seluruh segmen perniagaan teras yang kami beroperasi, ” tambah beliau.

Syarikat mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities hari ini, mengumpul dana sebanyak RM33.0 juta daripada terbitan awam sebanyak 117.8 juta saham baharu pada harga terbitan 28 sen sesaham.

Pada pembukaan pagi  ini, harga saham Coraza meningkat lebih dua kali ganda pada 70 sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO)nya 28 sen.

Penyenaraian tersebut turut merangkumi tawaran penjualan 21.4 juta saham sedia ada kepada pelabur terpilih menerusi penempatan persendirian.

Berdasarkan modal saham diperbesarkan sebanyak 428.3 juta saham, permodalan pasaran Coraza selepas disenaraikan adalah sebanyak RM119.9 juta.

— BERNAMA

Share644ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In