• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Cari Saham Ini Untuk Standby Tekan Butang Buy

in Asas Saham
A A
Cari Saham Ini Untuk Standby Tekan Butang Buy
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Orang kata jika nak cari saham apa yang nak dibeli, kita perlu gunakan analisis fundamental manakala analisis teknikal pula untuk tahu bila masa terbaik untuk saham tersebut dibeli.

Tapi sebenarnya dengan teknikal pun kita boleh menjawab soalan saham apa yang hendak dibeli. Kemudian kita reverse engineer untuk lebih mengenali saham-saham yang kita saring menggunakan analisa teknikal tadi. 

“Tapi, macam mana nak cari saham yang hendak dibeli guna analisis teknikal?”

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Dalam analisis teknikal, kita biasanya akan memilih saham yang sedang membuat fasa kenaikan atau uptrend untuk membeli dengan lebih selamat.

Ini kerana kebarangkalian untuk saham di fasa uptrend meneruskan kenaikan adalah lebih tinggi berbanding saham yang sedang berada di fasa sideways atau downtrend. 

Tapi bagaimana dengan cara yang lebih mudah untuk kita saring saham-saham yang sedang uptrend? Perlu langgan screener berbayar ke untuk saring saham-saham yang sedang uptrend ini? 

Jom kita lihat cara nak saring saham yang sedang membuat uptrend dengan menggunakan screener daripada TradingView.com.

Saring 52 Week High Dan All Time High

Gambar hiasan (Kredit: TradingView)

Langkah-langkah untuk saring saham yang sedang membuat 52 Week High dan juga All Time High ini mudah sahaja.

1. Layari website tradingview.com dan pergi ke bahagian ‘Products’ dan klik ‘Sreeners‘. Kemudian pilih ‘Stock‘ seperti gambar di atas. 

2. Tetapkan pasaran saham di Malaysia dalam saringan ini. Klik pada ‘Market’ dan pilih ‘Malaysia‘, kemudian klik ‘Apply’.

3. Setelah itu, tekan butang + Add new filter seperti gambar di atas untuk membuat ketetapan yang kita mahukan. 

Taip ‘New high’ kemudian pilih ‘52 weeks‘ dari senarai yang dipaparkan.

4. Ulang semula untuk saringan kedua. Tekan butang ‘+ Add new filter‘, dan taip ‘New high’ kemudian pilih ‘All Time‘ dari senarai yang dipaparkan.

Selepas itu, saringan saham kita tadi akan menunjukkan kaunter-kaunter saham, seperti kali ini ia  menunjukkan enam syarikat saham sahaja daripada lebih 1041 saham yang didagangkan di Bursa Malaysia seperti di atas. 

Boleh jadi ada hari saringan ini tidak memberikan satu saham pun lebih-lebih lagi jika keadaan pasaran sangat teruk. 

Syarikat di atas ini adalah saringan pada 15 Oktober 2024 ya, jika anda sedang membaca artikel ini jangan pula gunakan saringan syarikat di atas. 

“Kejap. Kenapa perlu saring saham 52 Weeks High dan juga All Time High? Apa rasionalnya?”

Tadikan kita nak cari saham yang membuat uptrend, dengan saring saham-saham yang sedang berada di 52 Week High dan juga All Time High, secara tidak langsung saham tersebut sedang membuat uptrendline. 

Daripada saham yang telah disaring pula, bukan semua yang boleh pakai. Jika saham tersebut membuat kenaikan parabolik pun tak guna juga. 

Baca: Berhati-hati dengan Kenaikan Parabolik

Selepas telah mendapat kaunter daripada saringan di atas, tunggu sehingga saham tersebut memberikan signal belian seperti breakout untuk membeli. 

Sementara menunggu, boleh lah buat kajian CANSLIM pada syarikat saham yang kita dah shortlist kan tadi. 

Satu lagi nak cerita, untuk menggunakan Screeners yang ada seperti di atas, anda perlu mempunyai akaun berbayar bersama TradingView.

Baca: Analyst Guna Formula CANSLIM Untuk Analisa Saham?

Semoga artikel ini bermanfaat untuk pembaca semua. Berjumpa lagi pada artikel seterusnya. 

Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Share632ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In