Dalam pelaburan saham potensi kerugian itu pasti ada. Beza setiap pelabur adalah kemampuan untuk mengawal emosi dan bagaimana pelabur boleh mengurangkan kerugian masing-masing.
Dalam artikel ini kami akan dedahkan Top 10 saham patuh syariah paling rugi Wall Street 2021.
Sebelum kita melihat kepada saham-saham yang membuat kejatuhan terbesar, mari kita lihat apa yang terjadi pada indeks Dow Jones terlebih dahulu.
Pada hari pertama dagangan 2021, Dow Jones dibuka pada 30,627.47 mata. Pada hari terakhir dagangan 2021, Dow Jones ditutup pada 36,338.30 mata. Kenaikan sebanyak 5,710.83 mata tersebut merupakan sesuatu yang positif bagi pasaran Wall Street.
Sumber :
Senarai di bawah merupakan Top 10 saham patuh syariah paling rugi Wall Street 2021.

1. E-HOME HOUSEHOLD SERVICE HOLDINGS LIMITED (EJH)
E-Home Household Service Holdings Limited beroperasi melalui tiga segmen iaitu :
- Pemasangan dan penyelenggaraan
- Pembersihan rumah
- Servis penjagaan warga emas
Pelanggannya terdiri daripada individu dan keluarga.
2. SIGILON THERAPEUTICS INC (SGTX)
Sigilon merupakan perintis kelas terapeutik baharu dan berusaha untuk membangunkan penawar bagi pesakit yang mempunyai pelbagai jenis penyakit kronik.
3. FORTE BIOSCIENCES INC (FBRX)
Sumber: Forte Biosciences
Forte Biosciences adalah syarikat biofarmaseutikal pada peringkat klinikal yang memfokuskan pada dermatologi. Forte sedang membangunkan pendekatan baharu untuk merawat penyakit kulit radang.
4. MEIWU TECHNOLOGY COMPANY LIMITED (WNW)
Wunong Net Technology Company Limited adalah syarikat daripada British Virgin Islands yang diperbadankan pada 4 Disember 2018 dan menjalankan perniagaannya di China melalui anak syarikatnya iaitu Wunong Technology (Shenzen) Co. Limited.
Wunong Net Technology Company Limited menukar namanya kepada Meiwu Technology Company Limited efektif pada 2 Disember 2021. Kini Meiwu menjalankan perniagaannya melalui kedai runcit atas talian pada laman sesawangnya. Melalui laman sesawang tersebut, Meiwu dapat memberi respon terhadap supply dan demand bagi produk makanan.
5. GRAYBUG VISION INC (GRAY)
Sumber: Graybug
Graybug fokus dalam membangunkan ubat transformatif yang membantu pesakit yang menghidap penyakit retina kronik dan saraf optik yang mengganggu penglihatan.
- UTIME LIMITED (UTME)
Sumber: Utime
Utime Limited terlibat dalam reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, jualan dan operasi jenama telefon mudah alih, aksesori dan elektronik pengguna yang berkaitan.
Utime komited dalam menyediakan peranti mudah alih yang kos efektif kepada pengguna global. Utime juga komited membantu individu berpendapatan rendah termasuklah dari Amerika Syarikat, India, Asia Selatan dan Afrika untuk mendapatkan akses yang lebih baik kepada teknologi telefon mudah alih yang terkini.
7. ALLAKOS INC (ALLK)
Sumber: The Motley Fool
Allakos adalah syarikat yang membangunkan antibodi terapeutik pada peringkat klinikal. Allakos juga menjalankan ujian klinikal untuk sel lain dan penyakit yang didorong oleh eosinofil termasuk urtikaria kronik, mastositosis sistemik lembam, dan konjungtivitis alahan yang teruk.
8. ODONATE THERAPEUTICS INC (ODT)
Sumber: BusinessWire
Odonate Therapeutics Inc ialah sebuah syarikat farmaseutikal. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan terapeutik yang membantu pesakit yang mempunyai kanser.
9. JIUZI HOLDINGS INC (JZXN)
Sumber: Technology Times
Jiuzi Holdings Inc adalah syarikat berpangkalan di China yang terlibat terutamanya dalam mengendalikan kedai yang menjual kenderaan tenaga baharu (new energy vehicles).
Syarikat ini mengendalikan kedainya di bawah jenama Jiuzi dan menjual kenderaan elektrik berasaskan bateri dan kenderaan elektrik plug-in.
10. EZGO TECHNOLOGIES LIMITED (EZGO)
Sumber: Prnewsire
EZGO Technologies Limited menyediakan penyelesaian pengangkutan jarak dekat. Syarikat ini merekabentuk, mengeluarkan, menyewa dan menjual e-basikal, dengan bateri litium. Pelanggan EZGO Technologies adalah rakyat negara China.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




