IPO Senheng dah dibuka untuk permohonan dan ramai pelabur sudah tentu ternanti-nanti akan IPO ini. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli IPO Senheng, apa kata anda kaji terlebih dahulu IPO ini.
Jom kami kongsikan 10 perkara anda kena tahu sebelum beli IPO Senheng.
- Tarikh Dan Maklumat Penting IPO Senheng
| Pasaran | Main Market |
| Harga Tawaran | RM1.07 |
| Tarikh Buka Permohonan | 29 Disember 2021 |
| Tarikh Tutup Permohonan | 10 Januari 2022 |
| Tarikh Undi | 12 Januari 2022 |
| Tarikh Penyenaraian | 25 Januari 2022 |
- Sejarah Syarikat
Perniagaan ini diasaskan oleh KH Lim, KC Lim, dan KY Lim. Kedai pertamanya dibuka pada tahun 1989. Selepas itu, syarikat ini berkembang pesat dengan pembukaan kedai yang ke-10 pada 1994 dan kedai yang ke-20 pada 1996.
Pada tahun 1998, Senheng telah diiktiraf sebagai peruncit elektrik terbesar di Malaysia oleh Malaysian Book of Records atas kejayaan mengembangkan rangkaian kedainya kepada 35 buah.
Antara kejayaan terbesar Senheng adalah apabila Senheng berjaya membuka kedai yang ke-100 pada tahun 2008. Kini Senheng memiliki lebih 100 buah rangkaian kedai elektrik.
- Produk & Servis
Senheng menawarkan produk seperti gajet digital, audio visual, perkakas rumah dan produk lain.
Servis yang ditawarkan pula adalah penghantaran, pemasangan, penyelenggaraan, servis pembaikan dan servis jaminan produk (warranty).
- Kekuatan Perniagaan Senheng
- Peruncit produk elektrik & elektronik pengguna terbesar di Malaysia
- Menjual pelbagai jenis produk
- Menawarkan Program Kesetiaan PlusOne yang mana Senheng memiliki pelanggan yang ramai.
- Mempunyai barisan pengurusan yang diketuai oleh pengasas syarikat dan disokong oleh pasukan tenaga kerja yang bermotivasi tinggi.
- Rangkaian logistik yang mapan.
- Mendapat manfaat daripada operasinya yang berskala besar serta hubungan kukuh dengan pembekal.
- Infrastruktur digital yang mampu mengoptimumkan pemasaran, aliran kerja operasi, dan meningkatkan pengalaman membeli belah pelanggan.
- Perolehan, EBITDA dan aliran wang tunai yang kukuh.
- Strategi Perniagaan & Perancangan Masa Hadapan
- Meningkatkan pengalaman membeli belah pelanggan dan menaiktaraf rangkaian kedai fizikal sedia ada.
- Mengembangkan portfolio produk.
- Meningkatkan ruang penyimpanan gudang dan menguatkan rangkaian logistik di Timur Malaysia.
- Merangsang infrastruktur digital.
- Menambahbaik program kesetiaan PlusOne.
- Berapa Modal Yang Ingin Diraih Melalui IPO?
Menurut Senheng, pelaksanaan IPO melibatkan terbitan awam 250.0 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan 139.5 juta saham sedia ada.
- Dana IPO Digunakan Untuk Apa?
- RM160.5 juta untuk membukaa cawangan kedai baharu serta menaik taraf kedai sedia ada kepada kedai berkonsep yang lebih besar dan dipertingkatkan.
- RM46 juta untuk membayar pinjaman bank.
- RM22 juta untuk membangunkan jenama baru.
- RM20 juta untuk mengembangkan dan menaiktaraf gudang dan rangkaian logistik.
- RM9.7 juta untuk meningkatkan infrastruktur digital.
- RM9.3 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.
- Polisi Dividen
Berikut merupakan nisbah pembayaran dividen bagi 3 tahun terakhir.
- 2018 : Tiada
- 2019 : 24.2%
- 2020 : 21.6%
Senheng tidak berhasrat mengisytiharkan sebarang pembayaran dividen bagi tahun 2021. Namun, Senheng menyasarkan pembayaran dividen sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan bersih yang diagihkan kepada pemilik syarikat untuk setiap tahun kewangan.
9. Dah Boleh Pohon Di Maybank & Public Bank
Maybank
Public Bank
10. Status Syariah IPO Senheng
Berdasarkan prospektus Senheng, IPO Senheng telah mendapat status syariah daripada Shariah Advisory Council (SAC).
Sudah baca kesemua sepuluh perkara anda kena tahu sebelum beli IPO Senheng? Nak beli ataupun tidak, pilihan ada di tangan anda. Selamat maju jaya.
Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Memang berbaloi……
Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)