• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

[Kemaskini] Senheng Sasar Kumpul RM267.5 Juta Daripada IPO

in Trading Idea
A A
[Kemaskini] Senheng Sasar Kumpul RM267.5 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Peruncit produk elektrikal dan elektronik Senheng New Retail Bhd (Senheng) merancang untuk mengumpul sejumlah RM267.5 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Securities bagi menampung fasa transformasi serta sejajar dengan landskap runcit baharu negara ini.

Senheng dijadual disenaraikan di bursa tempatan pada 25 Jan, 2022 dan langkah IPO itu membabitkan terbitan awam 250 juta saham-saham baharu dan tawaran jualan 139.5 juta saham sedia ada pada harga RM1.07 sesaham.

Pengerusi Eksekutifnya, Lim Kim Heng berkata 60 peratus atau RM160.5 juta daripada hasil IPO itu akan digunakan bagi membuka premis baharu selain menambah baik kedai sedia ada yang bercirikan konsep dengan ruang lebih besar.

“Kami menyasarkan untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan, meningkatkan jumlah pelanggan setia PlusOne kami serta memperkukuh kedudukan sebagai rakan nombor satu bagi pembekal dan pemilik jenama,” katanya ketika berucap pada pelancaran prospektus Senheng secara maya di sini, hari ini.

Syarikat itu juga merancang untuk menaik taraf atau membuka 61 premis baharu dan sedia ada bagi tempoh 2022 hingga 2024 dalam usaha meningkatkan lagi pengalaman beli-belah untuk para pelanggan.

Mengulas usaha pengembangan di peringkat serantau, Lim berkata ini bukan keutamaan syarikat itu pada masa ini kerana lebih menumpukan operasi dalam negara.

“Terdapat banyak peluang untuk kami berkembang dalam negara. Malah, dari segi kelengkapan rumah, kami menyasarkan untuk menguasai kira-kira 30 peratus daripada bahagian pasaran menjelang 2025,” katanya.

Dalam pada itu, Senheng berkata 19.3 peratus atau RM51.7 juta daripada hasil IPO akan digunakan untuk memperkukuh kapasiti dan keupayaannya, termasuk membangunkan perniagaan pengedaran jenama baharu, mengembangkan dan menaik taraf rangkaian gudang dan logistik serta meningkatkan infrastruktur digital.

Jumlah baki 20.7 peratus atau RM55.3 juta akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank dan menampung perbelanjaan penyenaraian.

Berdasarkan harga terbitan RM1.07 sesaham, Senheng dijangka meraih permodalan pasaran sebanyak RM1.6 bilion selepas disenaraikan.

Perolehan hasil tahunan Senheng secara konsisten melebihi RM1 bilion dari tahun kewangan 31 Dis 2018 (TK 2018) hingga 2020 (TK 2020).

Menurutnya, walaupun operasi premis terjejas akibat sekatan pergerakan bagi membendung COVID-19, perolehan hasil dalam tahun kewangan 2020 sebaliknya meningkat 13.1 peratus kepada RM1.3 bilion daripada RM1.1 bilion dalam TK 2019.

Ini dicapai selepas ia bertindak mempertingkat premis sedia ada dengan menambah ruang lantai, menawarkan lebih banyak produk serta memanfaatkan program kesetiaan PlusOne, pemasaran digital dan inisiatif telepemasaran peribadi.

Lim berkata Senheng turut menyasarkan pembayaran dividen sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersih yang boleh diagih kepada pemegang saham.

Sementara itu, daripada 250.0 juta saham-saham baharu, sejumlah 149.5 juta saham akan diperuntuk kepada pelabur institusi dan terpilih manakala 48.0 juta saham untuk pelabur Bumiputera yang mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sebanyak 22.5 juta saham akan disediakan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan orang yang terbukti layak.

Baki 30.0 juta saham baharu akan ditawarkan untuk rakyat Malaysia menerusi undian manakala 139.5 juta tawaran saham bagi jualan akan diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh pihak MITI.

Permohonan bagi IPO Senheng dibuka pada 29 Dis, 2021 manakala tarikh tutup pada 10 Jan, 2022.

— BERNAMA

Tags: IPO
Share468ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

3 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

3 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

3 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In