Baru-baru ini The Kapital telah bawakan seorang otai dalam pasaran saham iaitu Tuan Haji Zainal Ariffin untuk mengulas strategi cut loss terbaik dalam pelaburan saham.
Jom kita berkenalan serba sedikit tentang latar belakang Tuan Haji Zainal.
Tuan Haji Zainal merupakan seorang pelabur yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam dunia pelaburan. Beliau mempunyai Certified Analyst dari United Kingdom Society of Technical Analysts (UKSTA), Certified Financial Technician dari International Federation Of Technical Analysts (IFTA) dan merupakan Full Member Of The Malaysian Association Of Technical Analysts (MATA).
Baca : 10 Fakta Menarik Mengenai Haji Zainal, Otai Pelaburan Saham Tersohor Malaysia
Sudah tentu pengalaman beliau selama 35 tahun dalam dunia pelaburan adalah pengalaman yang mahal.
Soalan yang selalu pelabur tanya adalah kenapa kita nak cut loss? Ramai orang berpendapat simpan sahaja saham yang sedang rugi dan saham tersebut akan naik pada masa hadapan.
Itu dinamakan teknik harapan. Jangan sesekali guna teknik ini.
Adakah anda benar-benar yakin saham tersebut akan naik semula? Bagaimana pula jika saham tersebut semakin menurun?
Menurut Tuan Haji Zainal, tidak ada satu benda pun yang melibatkan future ataupun masa hadapan adalah tepat sepenuhnya. Maksudnya di sini adalah untuk menjangkakan sesuatu perkara pada masa hadapan, kita akan membuat forecast.
Forecast atau dalam bahasa Melayunya ramalan yang dibuat sentiasa ada kemungkinan untuk salah. Ada masanya kita buat ramalan yang tepat, ada juga masanya kita buat ramalan yang salah.
Apabila kita membuat ramalan yang salah, maka kita perlu berhenti. Dalam pasaran saham pula ia dipanggil stop loss.
Tujuan untuk kita stop loss adalah untuk kita melindungi modal pelaburan. Semasa melabur saham, anda perlu sentiasa ingat tujuan anda melabur saham adalah untuk menggandakan modal pelaburan dan bukannya untuk membuang duit anda.
Menurut Tuan Haji Zainal, tiada strategi terbaik untuk cut loss tetapi perkara yang terbaik adalah pelabur mesti ada cut loss.
Apabila kita nak cut loss, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti instrumen yang kita gunakan, modal pelaburan dan banyak lagi.
Terdapat beberapa cara membuat stop loss.
Antaranya adalah dengan menggunakan trend line.
Trend Line
Pernahkah anda mendengar kata-kata ini?
Trend is your friend until it bends.
Maksudnya adalah apabila sebuah uptrend mula menurun dan patah trend line, maka itulah masanya untuk kita exit atau jual pegangan saham kita.
Sumber :
Moving Average
Sumber :
Moving Average juga boleh dianggap sebagai trend line. Perbezaannya adalah Moving Average bukan merupakan 1 garisan yang lurus tetapi bergerak secara dynamic. Sekiranya candlestick telah menembus garisan Moving Average, anda boleh meletakkan stop loss di bawah garisan tersebut.
Money Management
Cara cut loss menggunakan money management adalah dengan bertanya pada diri sendiri berapa banyak anda sanggup rugi daripada modal pelaburan anda.
Stop loss biasanya adalah pada kejatuhan sebanyak 2% daripada modal. Sekiranya anda sanggup mengambil risiko yang lebih tinggi juga tidak menjadi masalah.
2 Days Rule
“2 Days Rule” bermaksud apabila pasaran menurun 2 hari berturut-turut, kita boleh memerhatikan pasaran pada hari yang ketiga. Sekiranya hari ketiga juga menurun maka pelabur boleh exit kerana mengambil langkah berjaga-jaga.
Selain daripada beberapa strategi di atas, Tuan Haji Zainal turut berkongsikan cut loss berdasarkan candlestick.
Candlestick
Sebelum kita pergi kepada topik stop loss, pertama sekali kita kena tahu entry. Entry ini pula dilakukan apabila saham membuat breakout atau reversal.
Pada kebiasaannya, pelabur akan masuk apabila saham membuat breakout.
Sumber :
Persoalannya sekarang di manakah paras stop loss sekiranya breakout tersebut tidak menjadi?
Anda boleh meletakkan stop loss pada permulaan candlestick tersebut.
Sumber :
Kenapa kena letak stop loss pada permulaan candlestick?
Hal ini kerana ia merupakan permulaan pergerakan harga sesuatu saham.
Sumber :
Jika anda perasan, permulaan harga breakout tadi telah menjadi support yang agak kuat kepada saham ini.
Setelah ianya membuat pullback, saham ini hanya berlegar-legar di atas support tersebut sebelum meneruskan kenaikan.
Bagaimana pula entry ketika reversal?
Sumber :
Sekiranya entry ketika reversal, anda juga boleh meletakkan stop loss pada permulaan harga candlestick tersebut.
Harga permulaan reversal candlestick tersebut juga boleh menjadi support sekiranya saham ini melantun semula ke atas daripada paras support tersebut.
Andai kata candlestick mematahkan support tersebut, maka anda pun boleh menjual saham tersebut.
Reversal tersebut adalah reversal yang lemah sekiranya saham jatuh di bawah reversal candlestick itu.
Anda belajar sesuatu daripada strategi cut loss yang telah dikongsikan? Semoga ianya bermanfaat kepada anda dan sekiranya anda ingin menonton video tersebut, video tersebut boleh ditonton di laman Facebook The Kapital.
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)