• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Cara Cari Saham Gap Up & Gap Down Di TradingView

in Asas Saham
A A
Cara Cari Saham Gap Up & Gap Down Di TradingView
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pada kebiasaannya, harga saham akan dibuka pada harga penutupan hari sebelumnya.

Sebagai contoh, hari ini saham X ditutup pada harga RM1.10. Pada keesokan harinya, saham X patut dibuka pada harga RM1.10 sebaik sahaja pasaran dibuka pada 9 pagi. 

Pernahkah anda perasan di sebelah pagi ada candlestick yang dibuka lebih tinggi dari harga penutup hari sebelumnya?

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Dalam saham, ia dipanggil sebagai ‘gap up‘. Gap up dalam bahasa muda untuk difahami adalah terdapat jurang atau gap di antara dua candlestick. 

Gap up berlaku apabila minat belian yang kuat sebelum pasaran dibuka di sebelah pagi. 

Sumber: learnstockmarket

Kami kongsikan satu contoh. Harga saham X ditutup pada harga RM1.00 pada hari ini. Keesokan harinya, harga saham X dibuka tinggi iaitu pada harga RM1.20. 

Terdapat jurang sebanyak RM0.20 bukan di situ? Itulah yang dimaksudkan sebagai jurang atau gap up kerana harga saham dibuka lebih tinggi daripada harga penutup hari sebelumnya. 

Gap Down

Sumber: Investopedia

Berlawanan daripada gap up pula adalah ‘gap down’. Gap down berlaku apabila harga pembukaan saham lebih rendah daripada harga penutup hari sebelumnya. 

Sebagai contoh, harga saham X ditutup pada harga RM1.10. Keesokan harinya, harga saham X dibuka pada harga RM0.90. 

Jurang di antara harga inilah yang dipanggil sebagai gap down.

Anda juga boleh rujuk artikel di bawah berkenaan dengan bagaimana gap boleh berlaku.

Baca : Ilmu Technical Analysis : Bagaimana “Gap” Boleh Berlaku

Terdapat empat jenis gap iaitu:

  1. Common gap
  2. Break away gap
  3. Run away gap
  4. Exhaustion gap

Penerangan secara mendalam mengenai jenis-jenis gap ini akan diterangkan dalam artikel yang akan datang.

Kita telah pun memahami apa itu gap up dan gap down dalam saham. Sekarang tiba masanya untuk kami kongsikan bagaimana caranya untuk dapatkan senarai saham yang buat gap up dan gap down.

Caranya adalah dengan menggunakan .

Cara Cari Saham Gap Up & Gap Down Di TradingView

Langkah 1 : Masukkan TradingView di dalam laman carian Google.

Langkah 2 : Klik TradingView.

Langkah 3 : Log masuk sekiranya anda mempunyai akaun TradingView.

Langkah 4 : Jika tiada akaun TradingView juga tidak menjadi masalah. Anda boleh terus klik pada “Chart”.

Langkah 5 : Klik pada “Hotlists” yang mempunyai simbol berupa seperti api yang menyala.

Langkah 6 : Selepas itu, ikut langkah-langkah di bawah. Pilih negara pasaran saham yang anda mahukan dan kemudian klik “Gap Gainers”.

Langkah 7 : Senarai saham yang membuat gap up akan terpapar. Nama-nama saham terpaksa ditutup bagi mengelakkan salah faham daripada pembaca bahawa ianya sebagai satu saranan belian.

Langkah 8 : Anda boleh klik pada nama saham tersebut untuk pastikan saham tersebut membuat gap up.

Mudah bukan nak cari saham yang membuat gap up? Apa kata anda cuba sendiri dan selepas ini tak perlu pening cari saham yang buat gap up.

Sekarang saya kongsikan pula bagaimana cara cari saham yang membuat gap down. Walaupun pelabur dan pedagang tidak suka kepada saham yang membuat gap down, tetapi tidak menjadi masalah untuk kita belajar bagaimana untuk cari saham yang membuat gap down pula.

Caranya adalah ulang langkah 1 – langkah 5. Perbezaannya adalah hanya pada langkah 6.

Untuk mencari saham gap down pula, anda boleh pilih “Gap Losers”. 

Carta di atas merupakan contoh saham yang membuat gap down. Penulis berharap artikel ini bermanfaat kepada anda. Semoga berjaya.

Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!

Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?

Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

MILIKI E-BOOK SWEET ENTRY
Share1230ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

1 year ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

1 year ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In