• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Beli IPO Farm Fresh

in Saham
A A
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Beli IPO Farm Fresh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

IPO Farm Fresh kini telah dibuka untuk permohonan di laman sesawang MITI. Sudahkah anda membuat permohonan? Sebelum anda membuat permohonan, apa kata anda ambil tahu mengenai Farm Fresh terlebih dahulu.

Sumber: MITI

1. Pengasas Farm Fresh

Farm Fresh diasaskan oleh Encik Loi Tuan Ee. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam pertanian dan alam semula jadi. Menyedari kebanyakan jenama-jenama di Malaysia menjual produk susu tepung, beliau memutuskan untuk membeli sebidang tanah di Johor dan mengimport 60 lembu Holstein Jersey dari Australia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Setelah itu, beliau pun menubuhkan Farm Fresh Milk Sdn Bhd. 

2. Sejarah Penubuhan Farm Fresh

Farm Fresh ditubuhkan pada 24 Mac 2010 sebagai syarikat sendirian berhad di bawah nama The Holstein Milk Company Sdn Bhd, sebelum menukar namanya kepada Farm Fresh Sdn Bhd pada 24 Mei yang lalu.

Pada 22 September yang lalu, syarikat bertukar kepada syarikat awam dan menggunakan nama Farm Fresh Berhad.

3. Membawa Masuk Khazanah Nasional

Sumber: Farm Fresh

Bagi mengembangkan operasi syarikat, beliau membawa masuk rakan lamanya iaitu Encik Azmi Zainal sebagai rakan kongsi dan turut membawa masuk Khazanah Nasional sebagai pelabur dalam syarikat. 

4. Farm Fresh Bukan Sekadar Menjual Susu

Sumber : Farm Fresh

Aktiviti perniagaan utamanya adalah ternakan lembu tenusu dan penjualan susu lembu tenusu. Menerusi anak-anak syarikatnya, Farm Fresh terbabit dalam perniagaan perladangan, pengeluaran dan pengedaran pelbagai produk tenusu dan berasaskan tumbuhan.

Setakat ini, kumpulan syarikat mengendalikan lima ladang tenusu di Malaysia dan satu lagi di Australia.

Selain menjual susu, Farm Fresh turut menjual yogurt dan jem.

Sumber : Farm Fresh

5. Dana Daripada IPO Akan Digunakan Untuk Apa? 

Sumber : Prospektus

Berdasarkan prospektus, dana daripada IPO ini akan digunakan untuk beberapa perkara berikut :

  • 46.5 % : Menubuhkan hab pengeluaran baharu serta kemudahan pemprosesan tenusu bersepadu di Malaysia.
  • 19.9% : Mengembangkan fasiliti pengeluaran di Australia.
  • 13.6% : Membiayai keperluan modal kerja syarikat. 
  • 13.3% : Perniagaan di luar Malaysia.
  • 6.7% : Perbelanjaan kos penyenaraian.

6. Market Share

Farm Fresh merupakan antara 3 pemain terbesar dalam kategori minuman sedia untuk diminum dan yogurt di Malaysia. Farm Fresh adalah pemain kedua terbesar dalam kategori minuman sedia untuk diminum dan pemain ketiga terbesar dalam kategori yogurt bagi separuh tahun pertama 2021.

Pengeluar Susu : 18% market share bagi separuh pertama 2021

Pengeluar Yogurt : 11% market share bagi separuh pertama 2021

7. Pendapatan Syarikat Meningkat

Sumber: Prospektus

Pendapatan bersih syarikat dilihat meningkat dengan baik bagi 3 tahun yang terakhir. Ini memberikan keyakinan tambahan kepada pelabur untuk melabur ke dalam syarikat ini. Perkara ini juga menunjukkan penerimaan pengguna Malaysia terhadap produk tempatan ini.

8. Pemegang Utama Saham Farm Fresh 

Sumber : Prospektus

Berdasarkan sumber yang diperoleh daripada prospektus, pemegang saham terbesar Farm Fresh adalah keluarga Loi dan Khazanah Nasional Berhad.

9. Status Syariah Farm Fresh

Status syariah Farm Fresh telah diluluskan oleh SAC (Shariah Advisory Council) ataupun badan penasihat syariah Malaysia. 

10. Polisi Dividen

Buat masa ini, Farm Fresh belum lagi mengisytiharkan bayaran dividen kepada pemegang saham untuk tiga tahun kewangan yang terakhir.

Farm Fresh menyasarkan nisbah pembayaran kira-kira 25% daripada keuntungan bersih setiap tahun fiskal selepas mengambil kira keperluan modal kerja dan modal penyelenggaraan.

Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!

Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.

Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.

Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.


Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM

Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X

PRA-DAFTAR SEKARANG
Tags: IPO
Share2356ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In