Betul ke aku buat ni? Kalau rugi macam mana? Kaunter tu dah naik, boleh beli sekarang tak?
Satu perkara yang sangat memainkan peranan dalam pelaburan saham ini adalah emosi pelabur. Emosi seperti gembira, sedih dan takut antara yang terlibat dalam pelaburan saham ini.
Dengan emosi ini juga seseorang pelabur bertindak untuk membeli dan menjual sesuatu saham sekaligus menyebabkan pergerakan harga sesuatu saham.
Jika pelabur gagal mengawal emosi mereka, kemungkinan besar mereka akan membuat kesilapan dan mengalami kerugian dalam pelaburan mereka.
Baca: Mengenali Emosi Pelabur Melalui Candlestick Dalam Analisis Teknikal
Artikel kali ini akan memperincikan tentang ketakutan yang selalu menghantui pelabur dalam pasaran saham. Antara ketakutan yang menghantui pelabur adalah seperti:-
- Fear Of Loss
- Fear Of Not Doing Right
- Fear Of Missing Out
- Fear Of Wins Turn To Loses
Mari kita lihat dengan lebih terperinci tentang empat ketakutan di atas yang menghantui pelabur dalam pasaran saham.
Fear Of Loss
Ramai pelabur takut rugi ketika melabur saham. Yelah siapa yang tidak takut kehilangan duit yang kita telah bersusah payah usahakan betul?
Tetapi pelaburan saham memang tidak lari daripada risiko kerugian. Yang penting pelabur tahu bagaimana hendak mengawal kerugian tersebut.
Dengan teknik yang betul, pelabur dapat mencapai peratus keuntungan melebihi peratus kerugian. Jadi ketakutan untuk rugi ini perlu di atasi dengan ilmu dan teknik yang betul dalam pelaburan.
Fear Of Not Doing It Right
Pernah tak kita rasa tak yakin dengan apa yang kita kaji? Kita dah buat kajian baik fundamental ataupun teknikal tetapi kita takut apa yang kita buat itu salah dan tidak tepat.
Ketakutan ini memang kerap berlaku lebih-lebih lagi kepada pelabur baru. Kadang-kadang sampai kita berhenti melakukan kajian kerana tidak pasti dengan kajian sendiri.
Perkara ini boleh di atasi dengan mendapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai pengalaman yang lebih lama dan terbukti berjaya dalam pelaburan saham.
Pendek kata, ketakutan ini boleh di atasi dengan bimbingan yang betul daripada orang yang betul.
Fear Of Missing Out
Fear of missing out atau lebih dikenali sebagai FOMO merupakan ketakutan menyelubungi jiwa dan fikiran kebanyakkan pelabur.
Kita lihat satu kaunter dah naik, tambah-tambah lagi kita lihat kawan-kawan kita sudah untung banyak dalam kaunter tersebut. Kita pun tidak mahu ketinggalan untuk membeli kaunter tersebut.
Selepas kita beli kaunter tersebut, harganya pun jatuh dan akhirnya kita menangis di bucu katil mengenang nasib.
Cara untuk elak FOMO ini adalah menetapkan matlamat pelaburan dan buang sikap terburu-buru.
Beli kaunter yang kita kaji sahaja dan jika ada kaunter yang kita terlepas kapal, biarkan kerana peluang dalam pasaran saham ini sentiasa ada.
Fear Of Wins Turn To Losses
Bila kita dah untung dalam pelaburan saham, kalau boleh kita mahukan keuntungan tadi meneruskan kenaikan dan memberikan keuntungan yang banyak.
Tetapi kita takut yang keuntungan tersebut akan menjadi kerugian jika kita tidak menjualnya. Jangan risau bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya.
Cara yang anda boleh buat adalah dengan menetapkan stop limit terhadap saham tersebut. Andai kata harganya naik, keuntungan anda bertambah. Tetapi andaikata harganya jatuh, anda telah tetapkan stop limit yang tidak akan menyebabkan kerugian kepada anda.
Perkara di atas merupakan antara emosi ketakutan yang wujud dalam pelaburan saham dan cara anda mengatasinya.
Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan jumpa lagi pada perkongsian seterusnya.
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)