Nak beli saham sudah tentu ada kos yang akan dikenakan. Anda bukan sahaja membayar harga saham tetapi terdapat beberapa kos lain yang terlibat.
Setakat 2021, terdapat 4 kos yang dikenakan setiap kali pelabur membeli & menjual saham di Bursa Malaysia.
Empat kos tersebut adalah:
- Kos Brokerage
- SST
- Clearing Fee
- Duti Setem
Baca : 4 Jenis Kos Beli dan Jual Saham
Itu merupakan kos-kos yang dikenakan sehingga penghujung tahun 2021.
Walaubagaimanapun terdapat sedikit pembaharuan pada kos-kos yang dikenakan dalam transaksi beli & jual saham bermula tahun 2022.
Pada 29 Oktober 2021, Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul Aziz telah membentangkan belanjawan 2022.
Sumber: Mysumber
Dalam belanjawan 2022 yang dibentangkan, terdapat tiga perkara yang memberi kesan terhadap pasaran saham seperti:
- Kadar duti setem nota kontrak dinaikkan daripada 0.1% kepada 0.15%.
- Had duti setem RM200 setiap nota kontrak dimansuhkan.
- Aktiviti pembrokeran dagangan saham tersenarai tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan.
Baca : Kesan Duti Setem Baru Kepada Pelabur Untuk Tahun 2022
Bermula 1 Januari 2022, SST bakal dimansuhkan tetapi duti setem pula dinaikkan daripada 0.1% kepada 0.15%.
Jika sebelum 2022, 0.1% daripada setiap RM1,000 adalah RM1.00.
Bermula 2022, 0.15% daripada setiap RM1,000 adalah sebanyak RM1.50.
Nampak sedikit sahaja bukan? Kenaikan hanya sebanyak 0.05%. Harus diingatkan bahawa had duti setem RM200 yang sedang diamalkan bakal dimansuhkan. Ini bermakna kos duti setem berpotensi melebihi RM200 sekiranya modal pelaburan untuk membeli saham adalah tinggi.
Jom kita lihat contoh kiraan kos transaksi beli saham bermula 2022.
Contoh Kiraan Kos Transaksi Beli Saham Bermula 2022
Saham A – 100 unit

Bagaimana pula sekiranya pelabur beli saham yang sama pada kuantiti yang lebih besar iaitu 100,000 unit.
Saham A – 100,000 unit

Apa yang anda boleh faham daripada contoh kiraan di atas? Walaupun SST bakal dimansuhkan, kesan terhadap keseluruhan kos dapat dilihat sekiranya pelabur membeli saham dalam jumlah yang besar.
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)