Ramai orang kata boleh dapat untung besar melalui IPO? Benarkah begitu? Majoriti IPO yang baru disenaraikan sejak 2019 berjaya memberi keuntungan kepada pelabur sebaik sahaja disenaraikan pada hari pertama.
Ia membuatkan ramai yang ingin memohon IPO.
Tahukah anda selain daripada permohonan IPO melalui bank, para pelabur juga boleh memohon untuk mendapatkan IPO melalui MITI?
MITI merupakan singkatan bagi Ministry of International Trade and Industry ataupun dalam bahasa Melayunya adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Baca : Jom Berkenalan Dengan IPO
Baru-baru ini MITI telah menaiktaraf Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera versi 2.0 yang memaparkan transisi ke arah norma baharu melalui inisiatif pendigitalan.
Sistem baru ini bermula 6 Disember 2021. Jika sebelum ini anda perlu menghantar borang secara fizikal ke pejabat MITI, kini urusan tersebut hanya di atas talian sahaja. Mudah bukan?
Jom tonton video ini untuk tutorial lengkap.
Sebelum itu, nak tahu apa itu Peruntukan Saham Khas Bumiputera?
Peruntukan Saham Khas Bumiputera adalah saham khas yang diperuntukkan hanya kepada Bumiputera sahaja.
Ia melibatkan peratusan yang rendah yang ditawarkan oleh syarikat kepada:
- Individu
- Syarikat
- Yayasan
- Koperasi
- Tiers
Pelabur Bumiputera seharusnya mengambil peluang ini.
Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana pula sekiranya pernah mendaftar dengan MITI sebelum ini dan apa yang perlu dilakukan?
Jangan risau kerana semuanya mudah sahaja. Anda hanya perlu membuat tetapan semula untuk log masuk.
Tukar laluan di sini.
Ambil peluang ini kerana urusan permohonan peruntukan saham khas bumiputera telah menjadi semakin mudah.
Sumber:
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X





