Indeks FBM KLCI membuat fasa downtrend sepanjang bulan November 2021.
Sumber :
Indeks FBM KLCI membuka tirai November pada paras 1,545.99 mata dan menutup tirainya pada paras 1,513.98 mata.
Di kala pasaran saham secara keseluruhannya membuat penurunan, masih ada juga pelabur yang berjaya membuat keuntungan. Bagaimanakah caranya? Sudah tentu masih ada saham yang membuat kenaikan.
Berikut merupakan senarai 10 saham yang membuat kenaikan tertinggi bagi bulan November 2021.
Kami akan kupaskan 3 daripada 10 saham tersebut.
1. Adventa Berhad (Sektor Penjagaan Kesihatan)
2. Ajiya Berhad (Sektor Servis & Produk Industri)
3. YBS International Berhad (Sektor Servis & Produk Industri)
1. Adventa Berhad
Sumber: Adventa
Syarikat Adventa Berhad ditubuhkan pada tahun 2004. Pada awalnya syarikat ini terlibat dengan pengeluaran sarung tangan. Syarikat ini kemudiannya mengambil alih syarikat Electron Beam dan Lucenxia yang kemudiannya mendorong mereka ke arah perniagaan penjagaan kesihatan.
Selain daripada penjagaan kesihatan, Adventa turut mempunyai perniagaan sampingan iaitu pengedaran dan logistik melalui anak syarikatnya PTM Progress Trading & Marketing Sdn Bhd.
Adventa mempunyai dua segmen perniagaan iaitu:
Penjagaan Kesihatan : Pembekalan produk kesihatan dan perkhidmatan kepada hospital, pusat kesihatan dan farmasi. Ia termasuklah perniagaan dialisis buah pinggang yang turut dijalankan oleh Adventa.
Gudang & Logistik : Penyediaan perkhidmatan penyimpanan, pergudangan dan logistik kepada anak-anak syarikat.
Ulasan Mengenai Saham Adventa
- Saham Adventa boleh dianggap sangat ringan kerana hanya memiliki jumlah saham sebanyak 152.79 juta unit sahaja. Ini bermakna volatility saham Adventa adalah tinggi.
Sumber: malaysiastock.biz
- Pada tahun lepas, Adventa mengalami kerugian bersih sebanyak RM11.8 juta. Walaubagaimanapun, Adventa mula mencatatkan prestasi yang positif setakat 3 suku terakhir 2021.
Sumber: malaysiastock.biz
- Margin keuntungan Adventa setakat ini adalah sebanyak 11.7%.
- Adventa berada dalam fasa major downtrend semenjak kejatuhannya bermula Julai 2020 yang lalu.
Sumber: Ajiya
Ulasan Mengenai Saham Ajiya
- Ajiya juga mempunyai bilangan jumlah saham yang rendah iaitu hanya 304.58 juta unit.
Sumber: malaysiastock.biz
- Nisbah kewangan Ajiya yang positif menandakan syarikat sedang membuat keuntungan.
- Ajiya konsisten merekodkan prestasi yang baik setiap tahun dan membuat keuntungan positif sejak tahun 2012 sehingga kini.
Sumber: malaysiastock.biz
- Setakat ini, Ajiya berjaya mencatatkan keuntungan margin setinggi 7.7% walaupun tahun kewangan 2021 belum lagi berakhir. Ia merupakan margin keuntungan tertinggi Ajiya sejak tahun 2012.
- Tiada catalyst menarik pada bulan November yang dilihat mampu memberi impak terhadap kenaikan harga saham tersebut kecuali pembelian tanah di Seremban yang bernilai RM34.47 juta.
- Pembelian tanah tersebut bertujuan untuk menyatukan aktiviti pembuatan metal rollforming dan kaca keselamatan yang terletak di Shah Alam dan Puchong kepada hanya 1 lokasi strategik.
- Kenaikan harga saham Ajiya adalah berdasarkan teknikal. Setelah lama consolidate sejak bulan Mei 2021, akhirnya Ajiya berjaya membuat breakout pada 24 November 2021.
Sumber :
- Ajiya berjaya membuat 52 week high breakout sehari selepas itu selepas membuat ketinggian tertingginya pada tahun ini.
3. YBS International Berhad
Sumber: YBS International
YBS International Berhad dahulunya dikenali sebagai LNG Resources Berhad ditubuhkan pada tahun 2002. YBS disenaraikan di Papan Mesdaq Bursa Malaysia pada tahun 2003 dan kini disenaraikan di Papan Ace.
Perniagaan teras perniagaan YBS adalah:
- High Precision Mould Design & Fabrication
- Plastic Injection Moulding
- Metal Stamping & CNC Turning
- Connector Solution
Ulasan Mengenai Saham YBS
- YBS International adalah syarikat di bawah sektor servis & produk industri.
- Jumlah bilangan unit saham YBS adalah hanya 246.90 juta unit lalu menjadikannya saham yang sangat ringan.
Sumber: malaysiastock.biz
- Nisbah kewangannya yang positif seperti EPS, PE Ratio dan ROE menandakan syarikat sedang menjana keuntungan.
- Prestasi kewangan tahunan YBS nampak positif setelah mencatatkan keuntungan sejak tahun 2016 sehingga kini, namun margin keuntungan syarikat tidak pernah melebihi 5% daripada jumlah perolehan.
Sumber: malaysiastock.biz
- YBS juga bukan syarikat yang sentiasa memberi dividen kepada pemegang sahamnya. Kali terakhir YBS mengagihkan dividen adalah pada tahun 2016.
- Kenaikan harga saham YBS adalah bersandarkan teknikal. YBS mula membuat breakout downtrend line di penghujung Oktober dan disusuli dengan gap up pada keesokan harinya.
Sumber :
- Pelabur yang terlepas peluang ketika saham ini membuat breakout downtrend line dan gap up pastinya mengambil peluang ketika YBS membuat higher high yang baru pada 23 November 2021.
Kesimpulannya, ada sahaja saham-saham yang boleh membuat keuntungan yang baik walaupun ketika pasaran kurang stabil. Jika anda bijak mencari saham yang berpotensi dan yang mempunyai buy signal, tidak mustahil misi anda untuk mencapai 10% sebulan masih boleh dicapai.
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORMDaftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X - Ajiya juga mempunyai bilangan jumlah saham yang rendah iaitu hanya 304.58 juta unit.




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)