fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kenapa Anda Kena Peka Dengan Earnings Season?

in Fundamental Analisis
A A
Kenapa Anda Kena Peka Dengan Earnings Season?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Dalam setahun syarikat-syarikat yang disenaraikan perlu melaporkan pendapatan syarikat masing-masing sebanyak empat kali setahun atau setiap tiga bulan. 

Setiap kali pendapatan syarikat dilaporkan, ia dipanggil sebagai ‘Earnings Season‘. Jika diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, Earnings Season disebut sebagai musim pendapatan. 

Bila pula musim pendapatan di Bursa Malaysia?

Berkaitan

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

Saham Kajian Hari Ini: Econpile Holdings – Penampilan Sulung Untuk LRT Pulau Pinang

Ulasan Keputusan: SKP Resources [$SKPRES] 3 Jun 2025

Sumber: Investopedia

Kebanyakan syarikat tersenarai akan melaporkan laporan kewangan suku tahunan syarikat pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Sekiranya ada sesetengah syarikat melaporkan laporan kewangan di luar Earnings Season, ini bermakna tarikh untuk melapor pendapatan suku tahunan syarikat bergantung pada tarikh suku sesebuah syarikat tersebut berakhir. 

Sebagai contoh, Bursa mengeluarkan laporan kewangan pada setiap bulan Mac, Jun, September dan Disember. 

Sumber: malaysiastock.biz

Info Penting Yang Anda Perlu Tahu Dalam Laporan Kewangan

Sumber: Investopedia

  1. Earnings Per Share (EPS)

Earnings per share adalah ukuran pendapatan bagi setiap unit saham syarikat. EPS tidak akan berubah sehinggalah quarter report yang baru dilaporkan. Semakin tinggi EPS yang dilaporkan, pelabur mendapat maklumat bahawa syarikat mampu menjana pendapatan yang tinggi berdasarkan jumlah saham syarikat. 

  1. Perolehan / Revenue

Perolehan datangnya daripada hasil jualan produk atau servis syarikat. Perolehan yang tinggi menunjukkan syarikat mampu menjana aliran tunai. Pengurusan syarikat yang mantap juga akan mampu menggerakkan syarikat ke tahap yang lebih baik.

  1. Perancangan Masa Hadapan Syarikat / Forecasts & Plans

Perancangan masa hadapan syarikat amatlah penting kepada pelabur. Syarikat yang mempunyai pelan perancangan untuk berkembang ke kawasan yang baru dan segmen perniagaan yang baru akan mampu menarik minat pelabur terhadap saham syarikat. 

Selain itu, ada beberapa lagi maklumat penting yang perlu diberi perhatian dalam laporan kewangan seperti net profit, prestasi QoQ, prestasi YoY, PE ratio, dan profit before tax.

Impak Earnings Terhadap Pasaran Saham

Terdapat pelbagai kemungkinan yang berlaku apabila earnings syarikat dikeluarkan. Impaknya boleh menjadi positif atau negatif. 

Ada syarikat yang melaporkan keuntungan dan harga sahamnya terus menaik. Situasi ini memberi bayangan bahawa pelabur semakin yakin bahawa syarikat akan terus membuat keuntungan dan seterusnya memberi manfaat kepada syarikat. 

Ada pula syarikat yang melaporkan kerugian dan harga sahamnya jatuh menjunam. Pelabur berpandangan syarikat sudah tidak mampu membuat keuntungan dan seterusnya membayar dividen kepada pelabur.

Namun ada sesetengah situasi di mana syarikat melaporkan keuntungan tetapi saham syarikat tetap menurun. 

Tips untuk mengenalpasti trend ini adalah pelabur perlu merujuk carta dan mengkaji hubungkait impak earnings terhadap pergerakan harga saham. 

Apa Yang Terjadi Bila Quarter Report Syarikat Rugi?

Contoh : ATA IMS BERHAD (ATAIMS)

Sumber: malaysiastock.biz

Syarikat Ata Ims Berhad sentiasa konsisten membuat keuntungan setiap suku sehinggalah ia mengalami kerugian sebanyak RM11.17 juta pada suku kedua 2021. 

Perolehan Ataims turut menurun jika dibandingkan dengan suku tahunan sebelum ini. 

Apabila syarikat melaporkan kerugian, sudah tentu ia akan memberi kesan terhadap harga saham bukan?

Jika dilihat pada carta, Ataims terus gap down setelah syarikat tersebut mengemukakan prestasi laporan kewangan bagi suku kedua 2021. Ataims bukan sahaja gap down, malah Ataims terus membuat kejatuhan selama beberapa hari. 

Sebenarnya di sebalik laporan kewangan ini, Ataims turut terpalit dengan isunya dengan Dyson. Baru-baru ini Dyson telah menamatkan hubungan dengan pembekalnya di Malaysia iaitu Ataims ekoran dakwaan syarikat itu mengamalkan buruh paksa.

Berdasarkan carta, ini bukanlah waktu terbaik untuk perhatikan saham ini. Perkara yang boleh dipelajari di sini adalah pelabur mahupun pedagang perlu peka terhadap jangkaan bila Earnings Season akan dikeluarkan. 

Anda boleh merujuk malaysiastock.biz dan KLSE Screener untuk mendapatkan laporan kewangan suku tahunan terkini. 

Sumber: KLSE Screener

Sumber: malaysiastock.biz

Bagaimana Nak Tahu Bila Syarikat Akan Umum Laporan Kewangan Syarikat?

Anda boleh rujuk pada untuk dapatkan tarikh-tarikh syarikat yang bakal mengumumkan laporan kewangan.

Sumber :

Kesimpulannya, pelabur boleh mengkaji impak laporan kewangan terhadap pergerakan sesuatu saham. 

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Share635ShareSend

Related Posts

VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

3 days ago
Saham Kajian Hari Ini: Econpile Holdings – Penampilan Sulung Untuk LRT Pulau Pinang
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Econpile Holdings – Penampilan Sulung Untuk LRT Pulau Pinang

1 week ago
Ulasan Keputusan: SKP Resources [$SKPRES] 3 Jun 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: SKP Resources [$SKPRES] 3 Jun 2025

2 weeks ago
Saham Pilihan Hari Ini: Malaysian Resources Corp ($MRCB)
Catalyst

Ulasan Keputusan: Malaysian Resources Corp [$MRCB] 3 Jun 2025

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In