Apa Itu Airbnb?
Sumber: www.esquireme.com
Airbnb bermula pada tahun 2008. Ia bermula dengan idea dua orang pengasasnya iaitu Brian Chesky dan Joe Gebbia meletakkan tilam angin di ruang tamu apartmen yang diduduki mereka di San Francisco.
Mereka menyediakan katil sementara dan juga sarapan pagi kepada tetamu yang menyewa apartmen tersebut. Mereka berdua menyewakan sebahagian daripada ruang apartmen tersebut untuk mengatasi kos sewa yang tinggi.
Tidak lama selepas itu, Brian, Joe serta Nathan Blecharczyk membangunkan sebuah laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan sewa rumah untuk tempoh jangka masa pendek. Begitulah kisah bagaimana syarikat Airbnb bermula.
Nama syarikat ini diambil daripada “air mattress B&B”.
Sumber: forbes.com
Airbnb merupakan platform atas talian yang menghubungkan dua pihak iaitu orang yang mahu menyewakan tempat tinggal mereka dan orang yang sedang mencari tempat tinggal di sesuatu kawasan. Kini, perkhidmatan Airbnb meliputi lebih dari 100,000 bandar dan 220 negara di seluruh dunia.
Beberapa Kunci Penting Perniagaan Airbnb
- Pelanggan boleh menempah Airbnb pada kos yang lebih rendah berbanding bilik hotel.
- Risiko kepada pelanggan adalah tempat tinggal yang disediakan mungkin tidak sama dengan apa yang dipaparkan di laman sesawang.
- Risiko kepada pemilik hartanah pula adalah tempat kediaman pemilik berpotensi mengalami kerosakan yang dilakukan oleh pelanggan.
- Airbnb memberi peluang kepada pemilik kediaman / hartanah untuk menjana pendapatan sampingan.
- Airbnb memberi opsyen kepada pelancong untuk menyewa di sesuatu tempat.
- Airbnb sangat mudah digunakan.
Kisah IPO Airbnb
- Prospektus Airbnb telah dikongsikan kepada umum pada 16 November 2020.
- Harga IPO Airbnb adalah USD68 sesaham.
- Airbnb dibuka pada harga USD146 sesaham pada hari pertama ianya disenaraikan.
- Airbnb disenaraikan di Papan Nasdaq.
- Airbnb didagangkan dengan simbol ABNB.
- Airbnb disenaraikan pada 10 Disember 2020.
- Pada awalnya Airbnb sepatutnya disenaraikan lebih awal pada tahun 2020. Perancangan tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan perolehan syarikat jatuh mendadak kesan daripada pandemik Covid-19.
- Harga saham Airbnb ditutup pada harga USD144.71 pada hari pertama ianya disenaraikan dan memberikannya market cap setinggi USD86.5 bilion, iaitu 2 kali ganda daripada harga IPO Airbnb.
Masa Depan Airbnb
Sumber: forbes.com
Idea perniagaan Airbnb ini sememangnya sesuatu yang sangat menarik. Ia membuka peluang perniagaan kepada pemilik kediaman dan juga memberi lebih pilihan kepada orang yang sedang mencari tempat tinggal untuk jangka masa pendek di sesebuah kawasan.
Namun, apakah masa depan Airbnb? Adakah Airbnb masih ada sinarnya atau sebaliknya?
Dua tahun kebelakangan ini, Airbnb turut terjejas dengan pandemik yang melanda seluruh dunia. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan berkata tetamu sekarang tidak hanya menggunakan servis Airbnb untuk melancong tetapi ramai yang sudah mula menggunakan servis ini untuk jangka masa yang lebih lama.
Untuk suku pertama 2021, 24% tempahan yang dibuat adalah untuk penginapan lebih dari 28 malam. Hal ini kerana kerja luar dari pejabat telah menjadi semakin popular ketika pandemik ini.
Sekiranya ini berterusan, Airbnb dijangka akan terus menjadi pilihan orang ramai untuk tujuan melancong dan juga untuk bekerja.
Harga Saham Airbnb
Harga saham ABNB setakat 19 November 2021 adalah USD196.42.
Sumber :
Status Syariah Airbnb
Sumber: Islamicly
Menurut Islamicly, saham Airbnb merupakan saham patuh syariah. Bagi pelabur yang beragama Islam, maka anda tidak perlu ragu-ragu lagi mengenai status syariah saham ini.
Saham Airbnb ini boleh beli ataupun tidak, ia bergantung kepada kajian fundamental & teknikal yang anda lakukan. Artikel ini bukanlah satu saranan belian. Sebarang pembelian saham adalah menjadi tanggungjawab masing-masing.
Sumber:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




