• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Metaverse Akan Menjadi Norma Baharu? Syarikat Apa Yang Boleh Diperhatikan?

in Saham Global
A A
Metaverse Akan Menjadi Norma Baharu? Syarikat Apa Yang Boleh Diperhatikan?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Kehadiran Metaverse ini akan mengubah kehidupan manusia di masa hadapan.

Pada pertengahan bulan Oktober 2021, pengasas platform media sosial yang dulunya dikenali sebagai Facebook, Mark Zuckerberg telah meletakkan masa depan syarikatnya dengan produk terbaru iaitu Metaverse. 

Metaverse ini secara ringkasnya adalah sebuah dunia digital yang menggabungkan aspek seperti:-

  • Media sosial
  • Permainan video online
  • Augmented Reality (AR)
  • Virtual Reality (VR)
  • Asset Kripto

Kesemua aspek di atas digabungkan dalam satu platform untuk manusia berinteraksi seperti dunia sebenar tetapi di alam maya. 

Kita seolah-olah masuk ke dunia lain dimana kita boleh dengar, lihat, rasa dan sentuh benda di alam maya.

Jika kita pernah menonton filem fiksyen Ready Player One, kehidupan di Metaverse hampir sama seperti filem tersebut dimana kita akan mempunyai avatar diri kita untuk menjalani kehidupan seharian di dunia Metaverse. 

Tetapi bukan hanya untuk permainan video, Metaverse ini juga dilihat seolah menggantikan kehidupan realiti seperti pekerjaan, aktiviti bersosial dan pelancongan ke bulan juga bukan lagi sekadar mimpi. 

Memang gila betul idea mat saleh ni, tetapi sebagai pelabur kita hendak mencari peluang dalam pembangunan dunia maya yang mungkin menggantikan kehidupan realiti kita tidak lama lagi. 

Jadi, mari kita lihat syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mendapat manfaat daripada Metaverse ini.

Syarikat Pembuatan Perisian Mendapat Manfaat Daripada Metaverse

Menurut laporan daripada Wall Street Journal di atas, antara syarikat perisian yang membekalkan hardware dan software kepada Metaverse adalah seperti:-

  • Unity Software
  • Nvidia Corporation
  • Microsoft Corporation
  • Meta (dulunya dikenal sebagai Facebook)

Daripada empat syarikat diatas, mari kita lihat dengan lebih terperinci untuk dua syarikat iaitu Unity Software dan Nvidia Corporation.

Unity Sofware Inc (NYSE:U)

Unity Software Inc terkenal sebagai antara pemain permainan video mobil dan syarikat ini mempunyai nilai pasaran sekitar  USD46.08 bilion. 

Pendapatan syarikat ini untuk 6 bulan terkini sehingga Jun 2021 mencatatkan peningkatan sehingga 45% kepada USD508.3 juta. 

Unity Software juga merupakan salah satu syarikat yang membekalkan perisian kepada kewujudan Metaverse akan datang ini. 

Nvidia Corporation (NASDAQ: NVDA) 

Nvidia pula terkenal sebagai pengeluar GPU utama dunia dan mempunyai nilai pasaran sekitar USD769.02 bilion. 

Syarikat ini juga sebelum ini telah mendapat impak positif dengan perlombongan kripto serata dunia dan terkini, ianya juga antara penyumbang kepada perisan untuk menjayakan Metaverse. 

Syarikat Permainan Video Juga Mendapat Manfaat Daripada Metaverse

Metaverse akan menjadikan seolah-olah kita hidup dalam video game. Antara pembuat video game yang dilihat mempunyai potensi dalam dunia Metaverse ini adalah syarikat Roblox Corporation dan juga Sea Limited.

Roblox Corporation (NYSE :RBLX)

Roblox Corporation merupakan syarikat permainan video yang mempunyai nilai pasaran sekitar USD44.29 Bilion dan harga sahamnya adalah sekitar USD77.00 seunit. 

Dalam laporan Wall Street Journal, pihak Roblox menyatakan syarikat teknologi dan permainan video gergasi sedang membangunkan platform Metaverse mereka masing-masing dengan elemen yang tersendiri. 

Sea Ltd (NYSE: SEA)

Sea Limited juga merupakan salah satu syarikat permainan video yang terkenal melalui platformnya iaitu Garena. Antara video game yang terkenal suatu ketika dulu adalah Freefire. 

Syarikat ini mempunyai nilai pasaran sekitar USD189.99 billion dan nilai seunit sahamnya ketika artikel ini ditulis adalah sekitar USD344.00.

Syarikat ini bukan sahaja akan bermanfaat melalui permainan videonya, tetapi syarikat ini juga mungkin akan bermanfaat dengan platform e-commerce dan juga platform pembayaran atas talian mereka dalam Metaverse nanti. 

Berikut antara perkongsian tentang syarikat yang mungkin anda sebagai pelabur boleh perhatikan dalam perkembangan dunia ke arah kehidupan alam maya di Metaverse ini.

Semua saham ini kebanyakannya adalah patuh syariah menurut aplikasi MIDF Invest. 

Baca: Apa Yang Best Guna Platform MIDF Invest Ni?

Contoh diatas ini hanya bertujuan untuk pembelajaran sahaja, jangan pula anda beli tanpa membuat kajian.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-

1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD

*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet

Share1440ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

12 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

12 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

1 year ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In