• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Apa Pelabur Perlu Tahu Tentang Dividen?

in Saham
A A
Apa Pelabur Perlu Tahu Tentang Dividen?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Sebut sahaja mengenai dividen, pastinya semua pelabur tersenyum gembira. Siapa tidak suka mendengar pemberian dividen. Dividen merupakan sejumlah wang yang dibayar oleh syarikat kepada pemegang saham. 

Ia adalah sebagai satu bentuk penghargaan syarikat kepada para pemegang saham yang telah melaburkan wang mereka ke dalam syarikat.

Secara logiknya, syarikat yang mampu memberi dividen adalah syarikat yang membuat keuntungan. Mana ada syarikat rugi yang mampu beri dividen pula.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Sumber: Pxfuel

Hal ini kerana syarikat yang rugi tidak mempunyai wang tunai yang cukup untuk diagihkan kepada pemegang saham.

Oleh itu, satu langkah mudah untuk mengetahui sekiranya syarikat tersebut untung ataupun tidak adalah syarikat memberi dividen secara konsisten. Salah satu syarikat yang beri dividen secara konsisten adalah Nestle. 

Sumber: malaysiastockbiz.com

Syarikat dari sektor defensif biasanya tidak terkesan daripada kejatuhan ekonomi. Walaubagaimanapun, tahukah anda syarikat yang tersenarai sebenarnya tidak wajib memberi dividen kepada pemegang saham?

Berapa Kali Syarikat Memberi Dividen Dalam Setahun?

Sumber: malaysiastockbiz.com

Dividen boleh diberi sekali, dua kali, tiga kali dan empat kali setahun bergantung kepada syarikat. Untuk pengetahuan anda, dividen berbeza-beza bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan. Kadar dividen juga berbeza mengikut industri. 

Terdapat tiga jenis dividen seperti dividen interim, dividen akhir dan dividen khas. 

Dividen interim adalah interim yang diisytiharkan untuk satu jangka masa pendek misalnya tiga bulan atau enam bulan.

Dividen akhir pula diisytiharkan selepas penyediaan penyata kewangan syarikat. 

Special dividend atau dividen khas ialah dividen yang dibayar secara mengejut oleh syarikat. 

Special dividend diisytiharkan apabila syarikat mencatatkan keuntungan luar biasa. 

Apa yang anda kena tahu tentang pengisytiharan dividen?

Pengumuman dividen biasanya akan meliputi empat tarikh penting iaitu:

  1. Tarikh dividen diisytiharkan
  2. Tarikh ex-date
  3. Tarikh entitlement date
  4. Tarikh bayaran

Sumber: malaysiastock.biz

Tarikh dividen diisytiharkan adalah tarikh ketika syarikat mengumumkan pengagihan dividen kepada pelabur awam.

Tarikh ex-date adalah tarikh di mana pelabur tidak lagi layak menerima dividen walaupun pelabur membeli saham pada tarikh ini.

Jika pelabur ingin mendapatkan dividen, anda perlu membelinya selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh ex-date. 

Tarikh entitlement date pula adalah tarikh di mana syarikat menyemak rekod untuk melihat senarai nama yang layak menerima dividen.

Yang terakhir adalah tarikh bayaran. Ini merupakan tarikh dividen akan dimasukkan ke akaun bank pemegang saham. 

Anda akan menerima notifikasi melalui telefon bimbit dan emel berkenaan dengan dividen yang telah dimasukkan ke akaun bank anda.

Dah bersedia buat duit melalui saham yang beri dividen?

Tips kepada anda adalah cari saham yang beri dividen secara konsisten setiap tahun. Saham seperti inilah yang boleh beri kita pendapatan pasif setiap tahun dalam bentuk dividen. Satu lagi tips kepada anda ialah cari saham yang mempunyai dividend yield yang tinggi. 

Dividend yield dalam bahasa mudahnya adalah pulangan yang pelabur perolehi dalam bentuk dividen untuk setiap ringgit yang dilaburkan.

Dividend yield yang tinggi bermaksud anda akan menerima dividen yang tinggi pada harga saham yang rendah.

Semoga berjaya mencari saham-saham ini!

Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Memang berbaloi……

Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!

DAFTAR WEBINAR SWING TRADING
Share827ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In