Penulis merupakan salah seorang peminat pengasas Virgin Galactic. Siapa lagi pengasasnya kalau bukan Richard Branson. Beliau merupakan seorang yang mempunyai watak bersahaja dan mempunyai visi yang jelas dalam membangunkan perniagaannya.
Virgin Galactic Holdings Inc ialah sebuah syarikat aeroangkasa yang membangunkan kapal angkasa untuk perjalanan manusia dan pelancongan.
Virgin Galactic ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai sebuah syarikat pelancongan ruang angkasa komersial pertama di dunia.
Sumber: Virgin
Pada suatu ketika dahulu, orang ramai mungkin menganggap idea beliau sebagai sebuah idea yang tidak masuk akal. Namun, pada tahun ini jutawan tersebut telah menjadi jutawan pertama yang terbang ke angkasa lepas dengan menaiki kapal Virgin Galactic.
Turut bersama dalam misi angkasa lepas tersebut adalah dua juruterbang dan empat penumpang termasuk Branson.
Sebelum itu, Richard Branson dan Jeff Bezos berlumba sesama sendiri untuk menjadi hartawan pertama yang menerokai angkasa lepas.
Richard Branson bagaimanapun berjaya melengkapkan misi tersebut lebih awal berbanding Bezos.
Sumber: Berita Harian
Baca : Jutawan Branson capai impian ke angkasa lepas
Pemegang Utama Saham Virgin Galactic
Pemegang utama saham Virgin Galactic terdiri daripada orang dalam ataupun insiders dan juga pelabur institusi.
Mereka adalah Adam Bain, Michael A. Colglazier, Michael Patrick Moses, Virgin Investments Ltd, SCH Sponsor Corp, dan Vanguard Group Inc.
Top 3 Pemegang Saham Individu (Insider)
- Adam Bain
Adam Bain memiliki sebanyak 1.2 juta saham Virgin Galactic mewakili 0.47% daripada keseluruhan saham terapung syarikat tersebut. Adam merupakan pengarah bebas bagi Virgin Galactic.
Selain daripada Virgin Galactic, Adam Bain merupakan pengarah Social Capital Hedosophia Holdings Corporation dan fokus melabur dalam syarikat teknologi.
Tahukah anda Adam Bain pernah memegang jawatan ketua pegawai operasi (COO) Twitter Inc? Sebelum itu Bain telah bekerja selama 13 tahun di News Corporation tempat di mana beliau merupakan presiden Fox Audience Network.
- Michael A. Colglaizer
Michael A. Colglaizer memiliki sejumlah 623,445 saham Virgin Galactic, mewakili 0.24% daripada jumlah saham terapung syarikat. Colglaizer yang menyertai syarikat itu pada 2020 merupakan ketua pegawai eksekutif(CEO) Virgin Galactic.
Pengalaman kerjaya Michael juga sama menarik seperti Adam Bain. Sebelum menyertai Virgin Galactic, Michael bekerja selama lebih tiga dekad dengan The Walt Disney Co. (DIS). Ketika di Disney beliau berkhidmat sebagai presiden dan pengarah urusan Disney Parks International dan sebelum itu sebagai presiden The Disneyland Resort di California Selatan.
- Michael Patrick Moses
Sumber: Virgin Galactic
Michael Patrick Moses memiliki sejumlah 409,000 saham Virgin Galactic, mewakili 0.16% daripada jumlah saham terapung syarikat itu. Beliau merupakan presiden dalam Virgin Galactic dan beliau bertanggungjawab dalam misi dan keselamatan penerokaan angkasa lepas.
Beliau bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kejayaan operasi ruang angkasa Virgin Galactic termasuk proses menghasilkan kenderaan angkasa, perancangan penerbangan, latihan angkasawan, dan operasi kru penerbangan.
Moses menyertai Virgin Galactic selepas menghabiskan lebih sedekad di Nasa.
Top 3 Institusi Yang Memegang Saham Virgin Galactic
- Virgin Investments Limited
Virgin Investments memiliki 46.3 juta saham Virgin Galactic, mewakili 18.0% daripada keseluruhan saham.
Syarikat itu membuat pelaburan bagi pihak pemilik tunggalnya iaitu Virgin Group Investment LLC. Ahli pengurusan tunggal Virgin Group Investments ialah Corvina Holdings Limited.
Pemegang saham tunggal Corvina Holdings Limited pula adalah Virgin Group Holdings.
Jutawan Richard Branson adalah pemegang saham tunggal bagi Virgin Group Holdings, yang mana ia terdiri daripada syarikat dari pelbagai sektor seperti pelancongan, penjagaan kesihatan, musik dan hiburan, telekomunikasi dan media, servis kewangan, dan angkasa lepas.
- SCH Sponsor Corporation
SCH Sponsor memiliki 23.8 juta saham Virgin Galactic, mewakili 9.2% daripada keseluruhan saham. SCH adalah syarikat yang membuat pelaburan bagi pihak 2 pelabur iaitu Chamath Palihapitiya; pengerusi Virgin Galactic dan Ian Osborne.
Meskipun Chamath Palihapitiya telah menjual kesemua pegangan persendirian beliau dalam Virgin, beliau masih secara tidak langsung memiliki saham Virgin Galactic bersama Osborne melalui SCH Sponsor.
- Vanguard Group Inc
Vanguard Group memiliki 13.7 juta saham Virgin Galactic mewakili 5.3% daripada keseluruhan saham. Vanguard Group adalah syarikat pengurusan dana ETF dan mutual fund.
Aset global di bawah pengurusannya bernilai kira-kira USD7.2 trilion. Salah satu dana Vanguard yang memegang saham Virgin Galactic adalah Vanguard Russell 1000 Growth ETF.
Status Syariah Virgin Galactic
Anda mungkin tertanya-tanya adakah saham Virgin Galactic patuh syariah. Menurut Islamicly, saham Virgin Galactic adalah berstatus syariah.
Sumber: Islamicly
Jadi, apa pandangan anda tentang syarikat Virgin Galactic ini?

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)