Foxconn Technology Group mungkin lebih dikenali sebagai syarikat pemasangan produk iPhone keluaran Apple. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Foxconn sudah mula berjinak-jinak dalam industri kenderaan elektrik.
Mengapa pula Foxconn secara tiba-tiba berminat untuk menerokai industri kenderaan elektrik? Foxconn dikatakan mula mempamerkan kereta konsep kenderaan elektriknya untuk menandakan bahawa syarikat ini serius untuk membida projek rahsia automotif Apple.
Sumber: South China Morning Post
Gambar di atas diambil ketika pengerusi Foxconn Technology Group, Young Liu berucap pada pelancaran kenderaan elektrik Foxtron di Taipei pada 18 Oktober 2021.
Baru-baru ini Foxconn telah memperkenalkan kereta konsep kenderaan elektrik pertamanya. Syarikat Taiwan itu mempamerkan tiga versi konsep di bawah jenama Foxtron pada 18 Oktober 2021. Tiga konsep tersebut adalah Model E, Model C dan Model T. Model SUV dan sedan yang diperkenalkan ini bakal dikeluarkan untuk pelanggan automotif dan bukannya untuk dijual di bawah jenama sendiri. Kesemua model ini adalah dijenamakan di bawah jenama Foxtron.
Model C (Utiliti Sukan)
Model C merupakan model pertama yang dihasilkan Foxconn. Model C ini mempunyai panjang 4.64 meter, menawarkan 5+2 tempat duduk serta mempunyai ruang simpanan yang luas.
SUV elektrik ini kelak mampu untuk memecut dari 0-100km/j dalam hanya 3.8 saat dan baterinya mampu bertahan sehingga 700km.
Foxconn berkata harganya kelak adalah lebih berpatutan berbanding dengan kereta yang menggunakan bahan api. Adakah anda akan berminat terhadap model ini?
Model E (Sedan Mewah)
Kereta sedan Model E ini direka bagi pengguna berkelas pertengahan serta mewah. Hon Hai menghasilkan kenderaan ini dengan kerjasama syarikat dari Itali iaitu Pininfarina. Model E menawarkan output kuasa kira-kira 750 kuasa kuda, pecutan 0-100 km dalam 2.8 saat dan boleh bergerak sejauh 750km dengan sekali caj.
Model T (Bas Komuter)
Model T pula direka sebagai sebuah bas bandar bergaya yang dibayangkan akan menjadi penyelesaian pengangkutan pintar. Foxtron berkata reka bentuk badannya yang tinggi dan sistem perlindungannya memenuhi peraturan dan piawaian Pentadbiran Transit Persekutuan (FTA), memberi bayangan Model T ini akan dijual di pasaran Amerika Syarikat.
Bateri Model T ini dikatakan mampu untuk bertahan sehingga lebih dari 400km dan boleh menahan suhu sehingga 204 darjah celcius. Kelajuan terpantas bas Model T ini boleh mencapai kelajuan 120km/j.
Foxconn merupakan syarikat pemasangan terbesar iPhone dan ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepadanya untuk bekerjasama dengan Apple untuk mengeluarkan kenderaan elektrik.
Demi menuju ke arah tersebut, Foxconn telah bersetuju untuk membelanjakan sebanyak USD280 juta pada September yang lalu untuk membeli kilang kereta di Ohio, Amerika daripada sebuah syarikat startup Lordstown Motors Corporation.
Jom tonton : iPhone assembler Foxconn unveils electric vehicle concepts
Sumber:
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet




