• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

F&N Akan Kekalkan Harga Produk Dalam Persekitaran Tekanan Kos

in Market Update
A A
F&N Akan Kekalkan Harga Produk Dalam Persekitaran Tekanan Kos
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) akan terus mengekalkan harga yang diperlukan untuk produknya dalam persekitaran tekanan kos akibat harga komoditi yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe berkata syarikat itu cakna terhadap pengguna yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan langkah untuk menaikkan harga akan menjadi pilihan terakhir.

“F&N akan menerima kesannya terlebih dahulu dan akan lihat sama ada kami boleh menyerapnya atau tidak. Sekiranya tidak.. kami akan menaikkan harga secara berperingkat supaya pengguna menerima kesan minimum,” katanya kepada pemberita pada taklimat keputusan Tahun Kewangan F&NHB 2021 yang diadakan secara maya hari ini.

Mengulas mengenai pengembangan cukai gula dalam Bajet 2022, Lim berkata syarikat itu hanya sedikit terjejas kerana produk F&N tidak termasuk dalam kategori yang disebut dalam bajet tersebut.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan berhasrat untuk melanjutkan pelaksanaan duti eksais terhadap produk minuman manis dalam bentuk coklat atau pracampuran berasaskan koko, malt, kopi dan teh.

Lim berkata syarikat itu sedang melakukan kajian terhadap Cukai Makmur, cukai secara sekali sahaja yang diumumkan dalam Bajet 2022 kerana ia akan menjejaskan pembayaran dividen disebabkan syarikat berkenaan mencadangkan pemberian dividen akhir satu peringkat sebanyak 33.0 sen sesaham.

“Ada satu perkara yang tidak jelas…iaitu Cukai Makmur. Ketika ini kami sedang menyemak butirannya bagi memahami sama ada ia akan memberi kesan kepada pendapatan luar negara yang meliputi dividen F&N terima daripada operasi kami di Thailand,” katanya .

Cukai Makmur telah dicadangkan dalam Bajet 2022, pendapatan melebihi paras RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 33 peratus dan bukannya 24 peratus seperti sebelum ini.

F&N mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM395.16 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2021 daripada RM410.38 juta pada tahun kewangan 2020.

— BERNAMA

Share344ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In