• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Hartalega Melonjak Kepada RM914 Juta Pada S2 2021

in Berita
A A
Hartalega Sahkan 35 Pekerja Diuji Positif Covid-19

Kredit Gambar: Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd melonjak kepada RM914.0 juta pada suku kedua berakhir 30 Sept 2021 (S2 2021) daripada RM544.96 juta pada S2 2020.

Hasil pula melonjak 49.4 peratus kepada RM2.01 bilion berbanding RM1.34 bilion sebelum ini disebabkan hasil jualan yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga jualan purata (ASP), kata pengeluar sarung tangan nitril itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Selaras dengan permintaan sarung tangan getah yang semakin meningkat di peringkat global, kumpulan itu berkata ia akan terus mengembangkan kapasitinya di Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) di Sepang.

Setakat ini, lapan daripada 10 barisan pengeluaran di Kilang 7 telah ditauliahkan. Selepas pentauliahan penuh, Kilang 7 akan mempunyai kapasiti tersedia sebanyak 2.7 bilion keping setahun.

“Pembinaan untuk pengembangan akan datang di bawah NGC 1.5, sedang dijalankan dan kumpulan itu menyasarkan untuk mentauliahkan barisan pengeluaran pertama menjelang April 2022.

“NGC 1.5 merangkumi empat kilang pengeluaran tambahan yang akan menghasilkan 19 bilion keping sarung tangan kepada kapasiti pemasangan tahunan,” kata Hartalega.

Dengan siapnya NGC 1.5, kapasiti pemasangan tahunan kumpulan akan meningkat kepada 63 bilion keping setahun.

Purata harga jualan sarung tangan telah merosot daripada kemuncaknya pada separuh pertama tahun kewangan hinggalah ke separuh kedua tahun kewangan.

Penurunan harga jualan purata dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh peningkatan bekalan daripada pembuat sarung tangan utama serta permintaan yang sederhana kerana pelanggan menyelaraskan inventori memandangkan penurunan harga jualan.

Sektor ini pada pasca-pandemik dijangka mengalami peningkatan struktur dalam permintaan berikutan peningkatan dalam penggunaan sarung tangan daripada pasaran baharu muncul dengan penggunaan sarung tangan per kapita yang rendah dan kesedaran terhadap kebersihan yang tinggi.

— BERNAMA

Share255ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In