Pentamaster Corporation Berhad, sebuah nama yang tidak asing bagi pelabur saham Bursa Malaysia. Syarikat ini disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia dan merupakan sebuah syarikat yang dikategorikan dalam sektor teknologi.
Sebelum itu, apa kata kita selidiki latar belakang sejarah syarikat ini. Pentamaster sebuah syarikat pembuatan automasi dan penyedia penyelesaian teknologi ditubuhkan pada tahun 1991 dan terletak di Pulau Pinang, Malaysia.
Klien Pentamaster merangkumi pelbagai sektor seperti semikonduktor, komputer, automotif, elektrikal & elektronik, farmaseutikal, peranti perubatan, makanan & minuman dan elektronik pengguna.
Sumber: The Star
Pentamaster mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada 11 Oktober 2004 dan menggunakan simbol nama Penta.
Jangan risau kerana saham Penta adalah berstatus patuh syariah.
Sumber: malaysiastock.biz
Tahukah anda Pentamaster turut tersenarai di pasaran saham Hong Kong?
Sumber: Pentamaster
Dua sumber utama pendapatan Pentamaster adalah daripada segmen penyelesaian automasi kilang dan peralatan ujian automatik (ATE). Terdapat peningkatan yang dilakukan daripada tahun 2017 sehingga 2019, namun berlaku sedikit kemerosotan pada tahun 2020.
Sumber: Pentamaster
Model Perniagaan
Sumber: Pentamaster
Model perniagaan Pentamaster terdiri daripada 2 segmen utama iaitu Automated Test Equipment (ATE) dan Factory Automation Solutions (FAS).
Segmen penyelesaian peranti perubatan baru sahaja ditubuhkan pada suku ketiga 2020.
Fasiliti Pentamaster
Pentamaster memiliki dua fasiliti pengeluaran dan kedua-duanya terletak di Pulau Pinang.
Baru-baru ini Pentamaster telah melabur sebanyak RM120 juta dalam fasiliti yang baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran memandangkan permintaan terhadap penyelesaian automasi yang semakin meningkat.
Baca: Pentamaster investing RM120mil in new plant
Sumber: The Star.
Fasiliti dalam gambar rajah adalah fasiliti Pentamaster yang sedia ada.
Fasiliti baru ini akan mengembangkan perniagaan automasi bagi menampung permintaan daripada industri, peranti perubatan, logistik, telefon pintar dan sektor automotif.
Prestasi Kewangan Syarikat
Dari sudut prestasi kewangan syarikat pula, perolehan dan keuntungan bersih Penta meningkat sejak tahun 2012 sehingga 2019. Berlaku sedikit kemerosotan pada tahun 2020 dipercayai terkesan dengan pandemik yang melanda seluruh dunia. Pentamaster dipercayai akan mampu meningkatkan prestasi kewangan syarikat bagi baki tahun kewangan ini.
Sumber: malaysiastock.biz
Setakat suku kedua tahun kewangan 2021, Penta telah menjana perolehan sebanyak RM245.8 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM34.0 juta.
Strategi Pertumbuhan Syarikat
Sumber: Pentamaster
Pentamaster telah merancang beberapa strategi bagi meningkatkan pertumbuhan syarikat. Berikut merupakan strategi-strategi yang direncanakan.
- Mempelbagaikan produk / penyelesaian
- Membangunkan penyelesaian yang lebih mendalam terhadap e-mobiliti dengan elektrifikasi industri pengangkutan & automotif.
- Mengintegrasikan dan mereka bentuk penyelesaian mengikut kesesuaian segmen elektro-optik.
- Mempelbagaikan geografi
- Mengembangkan perniagaan ke rantau China.
- Mengukuhkan kehadiran syarikat ke dalam pasaran automotif (Jepun / Jerman)
- Mempelbagaikan segmen perniagaan
- Mengembangkan segmen perubatan dengan agresif
- Mengadaptasi Industri 4.0 dan IoT melalui penyelesaian i-ARMS
Sumber: Pentamaster
Pemegang Utama Syarikat
Sumber: Bursa Market Place
Pemegang utama saham syarikat ini adalah Encik Chuah Choon Bin iaitu pengarah eksekutif Pentamaster. Terdapat beberapa pelabur institusi dalam dan luar negara yang turut memegang sejumlah besar saham ini.
Peers
Sumber: BursaMarketPlace
Pentamaster berada dalam industri yang sama dengan syarikat-syarikat seperti Greatec, UWC, Genetec, dan SAM. Syarikat-syarikat ini mengeluarkan produk seperti peralatan teknologi dan industri.
Perbelanjaan Modal, Projek Pelaburan, Corporate Exercise
- RM60 juta diperuntukkan untuk mengembangkan division perubatan bagi tahun 2021 sehingga 2023.
- RM25 juta diperuntukkan untuk mengembangkan fasiliti pada tahun 2021 bagi kilang di Bayan Lepas dan Batu Kawan.
- Mencadangkan Bonus Issue 1 saham baru bagi setiap 2 saham sedia ada, dan mencadangkan penukaran saiz Board Lot daripada 4000 saham kepada 2000 saham. Ia bergantung kepada persetujuan pemegang saham pada AGM yang akan datang.
Kesimpulannya, Pentamaster merupakan salah sebuah syarikat teknologi yang gah di Malaysia. Berdasarkan perkongsian di atas, anda sudah tentunya lebih mengenali Pentamaster secara lebih mendalam. Semoga Pentamaster akan terus berkembang maju seiring dengan kemajuan teknologi dunia. Artikel ini hanyalah sebagai satu bentuk perkongsian dan pengenalan saham kepada anda. Tiada sebarang saranan belian dilakukan di sini.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)